NAYLA 48: I.F.L.Y

104 9 0
                                    

Nayla yang baru selesai membersihkan diri itu menuruni tangga. Kelibat Harith dan ahli keluarganya yang lain tidak kelihatan.

Dia tahu Tan Sri Hafzan dan Hawa keluar tapi mana Harith?. Dia sudah kelaparan menunggu Harith tapi demi makan malam bersama, dia sanggup tunggu.

Nayla cuba hubungi Harith tapi tak dapat. Apa yang perlu dia buat?. Harith keluar dengan Alissa?.

Nayla sudah mengeluh panjang kerana dia terlalu fikiran benda yang bukan bukan. Kalau Harith nak keluar dengan Alissa sekalipun... dia tiada hak untuk halang. Cuma... dia rasa dia tak mahu berkongsi Harith dengan sesiapa.

Terus terkejut Nayla apabila kedengaran bunyi sesuatu di luar rumah. Nayla segera menuju ke sliding door yang membawanya ke laman rumah.

"Harith?."

Pintu dibuka. Terasa angin malam yang menerpa tubuhnya. Tak terlalu sejuk tapi kerana dia baru lepas mandi, jadi kulitnya sensitif sedikit.

Nayla terdiam di saat melihat sebuah meja di tengah tengah laman bersama dua buah kerusi. Terus berkerut kening Nayla apabila melihat lilin lilin kecil yang diletakkan di sekitar meja tadi. Apa tu?.

Nayla menghampiri meja tadi. Kelihatan seperti mereka akan makan malam di luar rumah. Terus terukir senyuman di bibir Nayla.

Terasa satu lingkaran tangan yang melilit pinggang Nayla.

"You like the idea?."

Bisik suara Harith di belakang telinga Nayla. Sudah lama dia rancang untuk cari masa yang sesuai untuk mereka berdua dan dia tak sangka dia dapat idea untuk buat semua ni.

"I like it. Tapi susah susah je you buat semua ni. Kita boleh je tempah dekat luar."

Nayla menolehkan tubuhnya ke belakang, memandang wajah Harith. Nayla tersengih melihat Harith yang kelihatan segak malam tu. Rambutnya sudah dipotong rapi.

"You potong rambut?."

Nayla menilik potongan rambut Harith yang nampak lebih segak. Dia suka. Harith tersenyum lebar.

"Kalau dekat luar ramai orang. Dekat sini ada kita je. Dah, you duduk dulu. I ambil dinner dekat dalam."

Harith menarik kerusi buat Nayla sebelum menarik tangan isterinya itu. Baju bahagian lengannya disingsing sebelum dia masuk ke dalam.

Tak sampai beberapa minit, Harith muncul bersama hidangan yang dia masak sendiri. Such a husband material.

"Kalau I tahu you nak romantik romantik macam ni, I dress up dulu tadi."

Nayla memuncungkan bibirnya memandang wajah Harith. Suami dia sudah buat semua itu tapi dia pula macam tak ada effort.

"It's okay, you look beautiful everyday."

Harith menguntumkan sebuah senyuman lebar. Sama ada Nayla berhias ataupun tidak, Nayla tetap cantik di matanya. Dia lagi suka tengok muka Nayla yang baru bangun tidur. Nampak hodoh dan cantik dalam satu masa.

Nayla tersengih mendengar pujian Harith. Nak ambil hati lah tu. Tapi tak adil!. Harith saja yang nampak segak, dia pula hanya berbaju tidur.

"Wow, a lobster?!."

Nayla tersengih tak percaya apabila melihat hidangan udang galah di atas pinggan kaca itu. Harith hanya tersenyum melihat reaksi Nayla. Harith memang gila.

"I buat special untuk you sebab pasta you buat waktu kita first kahwin tu memang sedap. You try first."

Harith menghulurkan sudu ke arah Nayla untuk wanita itu mencuba. Nayla menyelitkan rambutnya ke belakang telinga sebelum mencapai sudu tadi.

NAYLAWhere stories live. Discover now