NAYLA 17: Such A Problem

86 4 0
                                    

Nayla memerhatikan penampilannya di sebalik cermin besar di biliknya. Dia tersenyum kerana berpuas hati dengan gaya dia hari ini. Mahu masuk kerja pun harus pastikan dia nampak kemas.

Selepas puas membelek dirinya, Nayla segera menuruni anak tangga untuk ke bawah. Di saat dia melintasi bilik Marissa, dia terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. 

Nayla memicit hidungnya, tak mampu untuk hidu bau itu sebelum dia menghampiri pintu bilik Marissa yang sedikit terbuka. Kenapa dia bau seperti... tembakau?.

" Ya, aku dah hantar barang tu dekat orang kau. Kau jangan nak salahkan aku pula eh, aku dah buat kerja aku. Bayar lah, apa lagi!."

Kelihatan Marissa sedang marahkan seseorang melalui panggilan. Nayla yang memerhatikan Marissa tak serupa orang itu segera menolak pintu biliknya.

" Marissa."

Terus terbeliak mata Marissa. Bilik wanita itu penuh dengan asap asap yang busuk mencucuk hidup. Di atas meja Marissa, penuh dengan pakaian pakaian. Biliknya sudah serupa zoo. Tak sopan betul!.

" Eh kau buat apa dekat bilik aku ni!."

Marissa segera mematikan panggilan. Dengan marah, dia bangkit memandang Nayla. Puntung rokok di jarinya ditonyoh pada bekas rokok.

" You dah gila ke Marissa?. Kalau daddy nampak you hisap benda tu dekat rumah dia, marah daddy nanti!."

" Eh suka hati aku lah!. Yang kau nak menyibuk hal aku ni kenapa!. Kau keluar lah!."

Marissa meluru ke arah Nayla untuk mengheret perempuan itu keluar. Dia tak suka Nayla dan dia benci wanita itu. Dia tak pernah anggap Nayla kakaknya.

" You dengar sini Marissa. I tak pernah kisah pasal you langsung but you sekarang ni dekat rumah daddy. Kalau you nak buat hal you, cari rumah sendiri!."

Nayla mula bergelut dengan Marissa. Dia tak habis lagi ni!.

" Pergi mampus lah!. Kau tak perlu semak semak pun dalam hal hidup aku!."

" At least I risaukan daddy I!. Bukan macam you, jual benda haram tak fikir dosa!."

Nayla segera menolak Marissa.

Sejahat jahat dia pun, tak pernah dia terfikir untuk hidup senang dengan cara haram macam ni. Dia masih boleh bezakan yang mana baik yang mana tak baik.

" Eh kau cakap senang lah. Apa kau minta, kau dapat. Orang tua tu pun sayang kau, lebih daripada dia sayang aku!. Tak ada sesiapa yang kisah dengan hidup aku!."

Marissa mula meninggikan nada suaranya.

Bagi Marissa, dia hanya tunggul saja dalam rumah ni. Tak seperti Nayla. Dia disanjung dalam keluarga ni. Malah, Hawa juga lebih sayangkan Nayla lebih daripada dia.

" You silap Marissa!. Hari hari daddy bagi you duit belanja, Hawa always pertahankan you sebab dia sayangkan you!. You je yang tak pernah nampak kebaikan yang keluarga ni bagi untuk you. Yang you tahu, protes, protes, protes!."

Nayla mula hilang sabar. Dia tak nak masuk campur hal Marissa tapi bila melibatkan daddy dan Hawa, dia harus masuk campur juga.

" I buka company I sendiri tanpa guna duit daddy sesen pun. I usaha sendiri. I kerja dengan daddy, cari duit sendiri. I tak pernah desak daddy bagi I duit. I berusaha guna tenaga I sendiri. You sepatutnya beruntung sebab you masih boleh fikir untuk have fun sebab you guna jalan mudah macam ni!."

Itu kali pertama Marissa melihat Nayla menasihatinya. Selama ini, Nayla hanya sibuk dengan dunianya. Tapi di situ, dia nampak Nayla sedang ambil berat tentangnya.

NAYLAWhere stories live. Discover now