NAYLA 20: Our First Night

133 6 1
                                    

Harith yang keletihan itu segera menghempaskan tubuhnya di atas katil. Terasa segar selepas dia mandi tapi matanya sudah berat. Dia rasa mahu lelapkan mata saja sekarang ni.

Sedang dia memejamkan mata, terasa ada jari yang bermain di dadanya. Terus tersedar dia apabila terasa ada seseorang yang sedang bernafas di sebelah telinganya.

Kelihatan Nayla sedang berbaring di sebelahnya. Harith segera terduduk. Jantungnya sudah berdegup kencang, terkejut dengan tindakan Nayla.

" You—you buat apa ni?."

Nyawanya bagaikan ditarik keluar daripada jasad. Dia tak sangka seteruk itu dia rasa saat Nayla menyentuhnya begitu intim.

Nayla tertawa sebelum dia mengiring menongkat tepi kepalanya.

" You terkejut kenapa?. Sini lah, baring sebelah I. Come here..."

Nayla menepuk lembut tempat di sebelahnya sambil tersenyum menggoda. Nayla perlahan lahan menyelak rambutnya ke belakang, mendedahkan lehernya membuatkan Harith meneguk liur.

Datang satu lagi cabaran buat Harith bila dia dapat seorang isteri yang kuat menggoda. Dia tak akan boleh pergi mana mana kerana dia sudah jatuh ke dalam tangan Nayla.

"Stop, Nayla. I nak tidur ni, I mengantuk."

Harith bangkit sebelum dia menuju ke bahagian sana. Selimut ditarik dan Harith berbaring tenang, membiarkan Nayla yang masih di posisi yang sama.

It's okay. Dia tak perlu tergesa gesa pun. Masih ada banyak masa lagi.

Nayla memerhatikan Harith yang sudah memejamkan mata itu sebelum dia menuju ke tandas. Dia saja mahu tengok reaksi Harith tadi, saja nak teasing.

Sejujurnya, gementar Harith masih tak lega. Dia masih terasa sesak nafas. Dia di dalam situasi yang hanya lelaki saja yang mengerti. Matanya kembali dicelik, kembali mencari nafas.

Kedengaran saja pintu bilik air dibuka, Harith kembali memejamkan mata. Tanpa sedar, dia sudah menggenggam cadar saat terasa Nayla sudah berada di atas katil.

" You dah tidur ke sayang?."

Nayla mengiring di sebelah Harith sambil menongkat kepala, memerhatikan wajah Harith yang kelihatan kacak. Rambut suaminya yang menutupi dahi itu diselak ke tepi.

" Tidur lah, you tak penat ke?."

Perlahan saja suara Harith menegur. Dia sebenarnya mahu mengelak daripada Nayla kerana wanita itu terlalu mencuba untuk menggodanya. Dia masih tak boleh biasakan diri walaupun hatinya sudah membuak buak kata ya.

Nayla tersenyum sebelum dia mengalah juga. Dia berbaring di sebelah Harith, begitu rapat. Tangannya naik memeluk perut Harith sebelum dia meletakkan kakinya di atas peha Harith.

" Good night, sayang. Jangan lupa mimpikan I."

Bisik Nayla sebelum dia menggigit manja cuping telinga Harith. Terus teralih kepala Harith. Nayla sudah tertawa melihat reaksi Harith tadi. Cuak betul ya?.

" Nayla, please. I penat ni. I nak tidur."

" Okay, fine. I tak kacau you lagi."

Harith mengeluh penat. Dia seolah olah dapat isteri yang baru nak matang. Apa lagi nasib yang dia dapat kali ni?. Perlu ke dia hadap perangai Nayla seumur hidup dia?.

Nayla kembali menghampiri Harith sebelum dia menarik lengan tangan Harith supaya ada ruangnya untuk tidur beralaskan biceps Harith. Nayla cuma mahukan perhatian daripada Harith, seperti yang dia harapkan.

" You still fikirkan pasal Alissa?."

Tubuh Harith dipeluknya sambil tersenyum. Matanya dipejamkan rapat kerana dia terasa hangat di dalam pelukan Harith. Dia rasa tenang untuk tidur, lebih tenang daripada hari hari yang sebelumnya.

NAYLAWhere stories live. Discover now