NAYLA 30: I'm Nayla, His Wife

715 21 0
                                        

"Harith?"

Alissa menegur Harith yang duduk menongkat dagu itu. Alissa melihat perubahan Harith sejak kebelakangan ini. Lelaki itu kurang senyum. Dia seperti ada masalah.

"Sayang? Kenapa ni?"

Lengan Harith dipegang Alissa membuatkan Harith tersedar daripada lamunan. Dia segera mendapatkan fokusnya kembali.

"You okay tak ni? Kita sambung kerja ni esok je lah, eh? You mesti penat, kan?"

Alissa tak tahu masalah apa yang Harith hadapi, tapi dia betul-betul nampak serabut. Mungkin kerana kerja yang semakin bertambah.

"Eh, no, it's okay. Tak apa, kita sambung je hari ni."

Harith cuma tersenyum kecil sebelum kembali fokus dengan kerjanya. Dia tak sedar fikirannya sudah melayang. Dalam kepala otaknya cuma memikirkan tentang Nayla saja.

Entah kenapa dia kecewa apabila Nayla cuma menganggap dia seolah-olah tak penting bagi wanita itu.

Sepatutnya dia suka, tapi apabila dia mengingatkan semula bahawa perhatian yang dia dapat daripada Nayla selama ni cuma satu permainan, hatinya sakit.

Selama ni, Nayla menganggap perkahwinan mereka sebagai apa? Patutlah Nayla suruh dia lupakan tentang malam tu, sebab Nayla cuma anggap dia seperti objek?

Dan dia sepatutnya berasa gembira untuk meluangkan masa bersama Alissa, tapi sekarang moodnya hilang. Dia asyik terfikirkan kata-kata Nayla dan akhirnya, dia yang sakit hati.

Nayla buat dia naik gila. Dia asyik teringatkan tentang malam tadi saja. Setiap sentuhan Nayla buat dia tak tentu arah.

"You kenapa senyum tiba-tiba?"

Harith yang menyedari dia sudah jauh termenung, hanya menggelengkan kepalanya dan kembali menyambung kerjanya.

Alissa sudah mengetap rahang. Dia tak faham langsung apa yang sudah terjadi pada Harith sejak kebelakangan ni. Kadang-kadang tersenyum seorang diri, tiba-tiba bad mood, dan tiba-tiba saja tersenyum semula.

Jangan kata yang Harith sudah mabuk cinta dengan perempuan tu! Buku limanya digenggam erat.

"Harith, you dah mula suka dekat perempuan tu ke?"

Terus terangkat kepala Harith. Melihat reaksi Harith yang berubah itu membuatkan Alissa lebih pasti. Dia yakin Harith mesti sudah mula ada perasaan pada Nayla.

"Apa you cakap ni? Mana ada."

"Habis tu, kenapa you senyum sorang-sorang macam tu? Nampak sangat you asyik fikirkan pasal Nayla, kan?"

Alissa memeluk tubuhnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tak mahu Harith lupa janji mereka.

"Alissa... boleh tak you jangan overthinking macam ni? Tak manis lah kalau you masam je. I tak ada perasaan dengan dia, tak ada apa yang berubah."

Harith cuba memujuk Alissa yang masih tak pasti dengan kata-kata Harith.

"Habis tu, kenapa you tak ada mood je daripada tadi? Mesti ada something happen. You tak nak kongsi dengan I?"

Alissa merapatkan tubuhnya ke hadapan, mahu Harith jujur dengannya. Harith pula sudah terdiam. Dia tak pasti sama ada dia perlu beritahu ataupun tidak. Dia akhirnya mengeluh perlahan.

"I gaduh dengan Nayla. There's something yang ganggu fikiran I sampai sekarang. I tak tahu nak buat apa."

Luah Harith sambil mengeluh lagi. Masalah itu mula jadi beban di dalam hatinya. Dia tak sedap hati. Selagi masalah ni tak selesai, selagi tu dia tak senang duduk.

NAYLACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang