Wajah Alissa itu direnungnya lama. Suasana bising di Cafe itu kedengaran sedikit menganggu fikiran Harith tapi demi selesaikan semua ni, dia teroaksa juga hadap Alissa.
Wanita itu masih tersenyum memandang wajah Harith. Sudah lama dia tak keluar bersama Harith. Dia boleh kata ini date mereka. Tanpa Nayla, semuanya boleh kembali seperti biasa.
"Ada apa you nak jumpa I?. You rindu I?."
Soal Alissa dengan senyuman lebar. Dia langsung tak rasa bersalah atas apa yang dia sudah buat. Kesan perbuatannya itu sudah merosakkan hubungannya dan Nayla. Kata katanya hari tu sudah buat Nayla rasa rendah diri.
"Apa yang you buat dekat I waktu tu?. Dan I tahu you jumpa Nayla. Apa yang you cakap dekat dia?."
Soal Harith dalam nada marah. Kerana tindakan Alissa, dia dan Nayla ada salah faham.
Terus hilang senyuman di bibir Alissa apabila Harith kata begitu.
"Dia mengadu apa dekat you?."
Alissa masih tak mahu mengaku salah atas perbuatannya kelmarin. Apa yang dia buat tu betul. Nayla hanya berlagak seperti dia boleh dapatkan segalanya dan ia tak mengubah apa apa selain kenyataan dia seorang perampas.
"Jadi betul lah you ada cakap something dekat Nayla?."
Harith menggunakan nada menyoal. Alissa berkerut kening.
"Apa?. Salah ke kalau I cakap dia perampas?. Memang betul pun dia tu perampas kekasih orang. Dia rampas you daripada I."
Bentak Alissa tak puas hati. Harith mengeluh kecewa.
"Apa masalah you ni, Alissa?. I ni bukan boyfriend you lagi lah. Boleh tak you berhenti berlakon macam kita ni masih ada hubungan?."
Berkerut kening Harith memandang wajah Alissa. Dia tak ada hak nak cakap macam tu pada Nayla apabila dia yang menolak lamarannya waktu tu.
Harith sudah tak boleh teruskan semua ni kerana dia tak mahu sesiapa lagi terluka terutamanya Nayla. Dia sudah buat keputusan yang dia akan tetap bersama Nayla. Dia mahu teruskan kehidupannya dengan Nayla.
Alissa duduk memerhatikan Harith dengan pandangan penuh kesalan. Dia kecewa dengan Harith kerana dia tak sangka hubungan mereka akan berakhir macam ni.
"You sanggup pilih perempuan tu berbanding I?. Cantik sangat ke perempuan tu sampai you sanggup tinggalkan I?."
Alissa mengangkat keningnya, meluat untuk fikirkan yang Harith lebih sanggup bersama Nayla berbanding dia. Perempuan perampas tu tak akan bahagia.
"Bukan sebab cantik semata mata, tapi sebab Nayla ialah perempuan yang ditakdirkan untuk I. I cintakan dia dan I nak ingatkan you sekali lagi, hubungan kita dah lama berakhir, Alissa."
Mata Harith tajam menusuk Alissa yang masih memandangnya tak puas hati. Dia cuba memberikan Alissa amaran supaya menjauhi Nayla.
Alissa tertawa sinis. Semua ni mustahil bagi dia. Dia tak boleh lepaskan Harith pada Nayla. Harith miliknya.
"Macam mana dengan janji you yang you tak akan cintakan dia, Harith?. Kenapa you buat I rasa bodoh macam ni?. I sanggup tunggu you lepaskan perempuan tu tapi akhirnya you khianat I."
Alissa cuba menggunakan kadnya. Dia tak akan biarkan hubungan ni berakhir. Dia tak akan kalah dengan Nayla!. Semakin berkerut kening Harith, tak sangka Alissa masih mahu menggunakan alasan itu.
"Stop lah, Alissa. Sampai bila you nak guna alasan tu untuk buat I stay dengan you—."
"Sampai you ceraikan Nayla. You sepatutnya dengan I, Harith. Bukan dengan dia!. You sepatutnya kahwin dengan I!."
YOU ARE READING
NAYLA
Roman d'amourSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...