NAYLA 10: Confession

116 6 0
                                    

" Nayla."

Lengan Nayla ditarik Harith sebelum mengheret wanita itu jauh daripada pandangan Raima. Nayla pula hanya ikut tanpa banyak tanya.

Selepas dia menarik Nayla jauh sedikit daripada Cafe tadi, lengan Nayla dilepaskan. 

" What are you trying to do? You know I already have someone, right?."

Harith mahukan penjelasan atas apa yang Nayla cuba katakan tadi. Dia tak mahu Nayla merepek yang bukan bukan di hadapan Raima.

" Kenapa you takut?. I just cakap kalau you dengan I ada jodoh, tak ke mana. Itu saja?."

Balas Nayla dengan senyuman. Dia rasa, dia tak cakap apa apa yang serius pun. Kenapa Harith nak marah?.

Harith bukannya ambil kisah dengan perasaan orang lain pada dia tapi ini melibatkan Raima, mamanya. Raima sedang berusaha carikan dia calon dan kalau Nayla cakap macam tu, Raima akan cuba paksa dia kahwin dengan Nayla pula nanti.

" Okay, Nayla, look. Mama I tu beriya sangat nak carikan calon untuk I. Biasa lah, naluri ibu kan?. I anggap you just sebagai seorang kawan, tak lebih daripada tu. I cuma beritahu you supaya you faham yang I dah berpunya. Kalau you ada perasaan dekat I, just forget it okay?."

Terang Harith dengan nada lembut, tak mahu Nayla terasa dengan apa yang dia kata. Dia sayangkan Alissa, dan dia tak nak disebabkan hal ni, mereka bergaduh.

" Kalau you dah ada someone, then why you rahsiakan daripada mama you?. Kalau you tak nak mama you paksa you buat semua tu, just terus terang je lah you dah ada girlfriend?"

Nayla naik hairan dengan sikap Harith. Kalau lelaki tu tak nak Raima paksa dia kahwin dengan pilihannya, kenapa tak terus terang?. Kenapa mesti berahsia?.

" You don't understand, Nayla. Dan I rasa, you tak patut tahu kot pasal hal peribadi I. I cuma nak you faham dengan keadaan I."

Harith tersenyum kecil sebelum dia berpaling untuk pergi.

" Kalau I cakap I ada perasaan dekat you?. You nak buat apa?."

Terus terhenti langkah Harith. Dia sudah agak dengan jawapan itu. Dengan keluhan kecil, dia menoleh memandang Nayla semula.

"Like I said, just forget it. I percaya yang you akan jumpa someone yang appreciate you."

Nayla masih tersenyum dengan apa yang Harith kata. Ingat semudah itu ke untuk Nayla lupakan Harith?. Dia sudah menanam niat untuk miliki Harith, tak semudah itu dia buang niatnya.

" I honestly like you, from the first time we met. I rasa you layak untuk I."

Nayla jujur dengan apa yang ada di dalam hatinya. Dia hanya mengikut kata hatinya. Dia yakin Harith jodohnya.

Harith sudah terdiam. Keningnya berkerut seribu, tak percaya dengan luahan Nayla tadi. Dia seakan tak percaya yang selama ni Nayla berminat dengannya.

" So I dah buat keputusan untuk kahwin dengan you. I nak you kahwin dengan I."

" What? No! You dah gila ke?."

Harith segera menggeleng kepalanya, tak mahu wanita itu buat kerja gila. Dia sayangkan Alissa walaupun Alissa masih belum bersedia untuk berkahwin. Dia tak akan kahwin dengan Nayla hanya kerana Nayla suka dekat dia.

" No, I tak gila. I'm serious, I nak you kahwin dengan I—."

" Okay stop, Nayla, stop!. I cakap baik baik dengan you, I harap you faham. I dah ada girlfriend! Please, jangan mengarut lagi."

 Kesabaran Harith mula menipis. Dia tak mahu disebabkan hal ni, hubungan mereka sebagai rakan kerja rosak. Dia hormat Nayla dan dia tak mahu keruhkan lagi keadaan.

NAYLAWhere stories live. Discover now