Nayla mengeluh kecil apabila dia habis mengimbau memori buruknya itu. Dia masih lagi tertunduk, memandang tangannya yang digenggam Harith.
"Sejak daripada tu, Alan jadikan I mangsa buli dia. I happy sebab dapat bertahan sampai lah habis sekolah. I dapat good result. I happy sebab at least, usaha I untuk bertahan ada hasil."
Nayla tertawa kecil kerana dia bangga dengan dirinya.
Walaupun ujian itu berat, dia tetap dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia dapat keluar daripada sekolah neraka itu dengan sebuah kejayaan.
Harith yang mendengar segala luahan Nayla malam itu buat dia sedar sesuatu. Nayla tak mudah mengalah. Dia begitu kuat dan dia rasa dia tak akan boleh jadi sekuat Nayla.
"You terlalu baik, Nayla. You still fikirkan keluarga you walaupun you boleh je tinggalkan dia orang. You boleh je memberontak macam orang lain but you choose not to do that."
Wajah Nayla itu dielus lembut. Dia terlalu pandang buruk tentang Nayla tapi hakikatnya, Nayla lah yang buat dia untuk jadi suami yang berguna.
"I cuma fikirkan kesan yang akan jadi nanti. Kalau I tak belajar elok elok, macam mana dengan daddy?. Siapa yang daddy nak banggakan kalau bukan I?."
Nayla tersenyum lebar. Dia juga manusia biasa, yang ada perasaan sedih dan kecewa tapi kalau dia terlalu ikutkan perasaan kecewanya, usahanya di sekolah akan jadi sia sia."
"I bangga dengan you, Nayla. I tahu bukan mudah untuk you lupakan semua tu. I akan ada dengan you if you need anything. I tak nak you sedih sorang sorang."
Harith begitu yakin dengan kata katanya. Ia keluar secara tiba tiba tapi itu yang hatinya kata. Dia mahu lindungi Nayla.
Nayla tersenyum lebar, begitu berbunga mendengar pengakuan Harith. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Harith sebelum bibir lelaki itu dia cium seketika.
"I love you."
Bisik Nayla sambil memerhatikan bibir Harith yang begitu manis.
Dia percaya Harith diciptakan buatnya. Dia tahu dia pentingkan diri tapi dia tak kisah. Dia hanya perlukan Harith.
Harith menyelit rambut Nayla ke belakang telinga sebelum dia menarik wajah Nayla kembali dekat dengan wajahnya. Ciuman mereka kembali bertaut.
Ah, mereka seperti pasangan yang dijanjikan bersama.
Ciuman mereka terhenti di saat telefon Harith di atas meja berbunyi. Harith tersenyum ke arah Nayla sebelum dia bangkit mendapatkan telefonnya.
Dia terdiam di saat nama Alissa terpapar pada skrin telefon. Dia menoleh ke arah Nayla yang masih duduk membelakangkannya.
Harith mengangkat paggila tadi dengan sebuah perasaan yang berat. Dia tak mahu sakiti hati Nayla lagi.
"Hello."
Sapa Harith dengan nada suara yang perlahan.
"You dekat mana?. Kenapa I call you banyak kali you tak angkat?."
Kedengaran suara Alissa yang sedikit kesal di sebalik talian. Harith mengeluh kecil sebelum dia keluar daripada bilik.
"I dekat rumah. Kenapa you call?."
Soal Harith sambil memegang kepalanya yang terasa serabut dengan soalan Alissa yag asyik tanya benda yang sama. Dia tengah cuti, di mana lagi dia berada kalau bukan dekat rumah?.
"You janji dengan I nak keluar dinner malam ni. I tunggu you tapi you tak datang. I call you banyak kali tapi you tak angkat. What's wrong with you, Harith?."
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...