" Woi."
Harith yang hanya merenung skrin laptopnya itu segera tersedar daripada lamunan apabila bahunya disentuh. Dia segera menoleh ke sisinya.
" Kau kenapa ni?. Client buat problem lagi ke?."
Rayyan duduk di kerusi kosong di sebelah Harith sebelum dia meletakkan lengannya di belakang bahu Harith, cuba menyapa kawan kerjanya itu.
Mereka berdua memang rapat di pejabat. Jika ada urusan di luar, mereka akan sentiasa menjadi pasangan. Atas pilihan Harith juga kerana dia selesa bekerja dengan Rayyan.
" Tak ada lah. Aku tak ada benda nak buat ni. Tu yang termenung sekejap."
Harith tersenyum kecil sebelum dia kembali merenung skrin laptop. Dia sebenarnya termenungkan tentang hubungan dia dengan Alissa. Dia harap dia masih dapat baiki semua ni.
Rayyan tersenyum kecil sebelum dia memegang bahu Harith.
" Petang ni yang lain ajak match futsal. Kau nak join tak?."
Memandangkan minggu depan jabatannya ada buat hari sukan, rakan sekerja mereka yang lain mahu berlatih untuk perlawanan bola sepak. Biasa lah lelaki, mesti pilih permainan itu sebagai pilihan.
" Tak apa lah, aku ada hal sikit hari ni. Aku balik awal."
Harith segera menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia baru teringat yang dia ada dinner dengan keluarga Nayla. Pertama kali dia berjumpa dengan keluarga Nayla dan dia berharap tak terlalu rumit untuk dia.
" Balik awal?. Apa hal?."
Rayyan tersengih, mahu tahu selebihnya. Tak pernaah pernah Harith minta balik awal. Selalunya, Harith lah yang selalu keluar lambat. Mesti ada sesuatu yang buat dia minta pulang awal.
" Aku nak dinner dengan family bakal tunang aku."
Jujur Harith. Dia tiada sebab untuk berahsia dengaan Rayyan kerana lambat laun, lelaki itu akan tahu juga. Biar lah dia bocorkan awal awal.
" Wait, kau nak kahwin?. Dengan Alissa?."
" No, dengan orang lain."
Terus ternganga Rayyan dibuatnya. Dia segera menggelengkan kepala, tak faham dengan apa yang Harith kata tadi. Kalau bukan dengan Alissa, dengan siapa pula?.
" Eh, bukan ke kau dengan Alissa?. Tiba tiba dengan orang lain ni, kau biar betul?."
Rayyan menarik kerusi, berbisik pada Harith kerana dia tak mahu orang lain tahu. Yang tahu hubungan Harith dengan Alissa dekat sini hanya dia seorang saja.
" Nak buat macam mana, tak ada rezeki aku dengan dia."
Tenang saja Harith berkata sedangkan dia tahu, Alissa itu bagaikan permaisuri bagi Harith. Bila sebut saja nama Alissa, mesti Harith tersenyum sampai ke telinga.
Tapi sekarang, muka macam baru lepas minum cuka. Masam memanjang. Apa yang tak kena dengan Harith ni?.
" Bro, kau serius sikit boleh tak?. Apa jadi ni?."
" Okay. mak aku nak sangat aku kahwin. Itu tak ada masalah sebab aku memang nak kahwin. Tapi Alissa tak ready. Dia kata dia perlukan masa. Tapi, mak aku dah jumpa calon yang dia suka sangat. Aku sayang mak aku, bro. Nak tak nak, aku kena terima lah. Lepas Alissa tahu, of course lah dia marah. Tu yang aku pening ni. Aku tak nak serabutkan lagi keadaan."
Harith mengeluh panjang. Tubuhnya disandarkan ke belakang sambil meletakkan kedua belah tangannya di atas kepala, memikirkan cara untuk buang perasaan bersalahnya.
Dia sayangkan Alissa tapi dia juga sayangkan mamanya. Dia terpaksa berkorban demi Raima walaupun kebahagiaannya dipertaruhkan.
" Yow bro, kau memang gila lah. Kau dengan Alissa dah 3 tahun lebih bro. Aku faham kau sayang mak kau tapi yang nak kahwin tu kau, bukan mak kau."
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...