Selepas mendapatkan makanan tengah hari, Nayla dan Iris kembali ke pejabat untuk menyambung kerja mereka yang terbengkalai. Terpaksalah mereka makan di pejabat kerana kedua-duanya tak mempunyai masa untuk keluar makan.
"You rasa husband you dengan perempuan tu still berhubung?"
Soal Iris yang berjalan di sebelah Nayla. Dia mahu tahu perkembangan hubungan Harith dan Alissa. Adakah mereka masih lagi rapat seperti dulu?
Nayla mengeluh kecil.
"Entahlah. Harith tak cakap apa-apa pun dengan I pasal Alissa. Dia selalunya balik lambat, tapi sejak kebelakangan ni dia dah selalu balik awal. I tak tahu."
Ujar Nayla dengan nada mendatar. Sejujurnya, dia sendiri tak tahu apa status hubungan Harith dan Alissa sekarang. Dia dan Harith sudah saling mencintai. Takkanlah Harith masih sanggup keluar dengan Alissa seperti dulu?
"Tapi bila I fikir balik kan, takkanlah Harith still sayang Alissa tu. Dia macam orang tak tentu arah cari you waktu you hilang dulu. Tak mungkin dia masih ada perasaan dekat Alissa."
Iris yakin Harith tak akan buat kerja gila dengan curang terhadap Nayla. Kalau Harith berani buat begitu, mahu saja dia suruh Dominic pancung kepala lelaki itu.
Nayla hanya mendiamkan diri. Sejujurnya, dia rasa kasihan pada Alissa. Wanita itu tak sepatutnya terpaksa menghadapi semua ini. Dia rasa dia jahat.
"I rampas Harith daripada dia. Dia tak sepatutnya hadap semua ni. Semua ni salah I dari awal."
Sesampainya di pejabat, Nayla terus menolak pintu biliknya sebelum masuk, diikuti Iris di belakang. Beberapa keping kertas berselerak di atas meja bersama sample kain untuk rekaan mereka.
"You jangan fikir macam tu boleh tak? Memanglah dulu you kejam, but everyone deserves a second chance, including you. Kalau you dah ready untuk betulkan keadaan, then you choose the right way."
Iris menarik tangan Nayla supaya duduk di sebelahnya di sofa utama. Dia tak mahu Nayla fikir yang bukan-bukan. Hubungan Nayla dengan Harith baru saja nak baik. Jangan disebabkan perkara kecil macam ni, semuanya rosak.
"Jangan korbankan usaha you nak dapatkan Harith selama ni. Usaha you tak sebesar Alissa. Kalau dia jodoh Harith, dia yang kahwin dengan Harith. Bukan you."
Iris meletakkan bungkusan Chicken Sandwich di atas meja untuk makan tengah hari mereka. Nayla memandang wajah Iris sebelum mengukir senyuman kecil. Dia terpaksa menerima apa yang Iris katakan. Ada betulnya.
"So, you still have a problem with him?"
Terus tertoleh kepala Nayla dan Iris ke arah suara garau yang muncul entah dari mana.
Mata Iris terus terbeliak apabila melihat susuk tubuh Dominic di dalam bilik Nayla. Lelaki itu selamba berdiri sambil memeluk tubuh dan bersandar pada dinding kaca.
"You buat apa dekat sini? Kan I dah kata, jangan masuk pejabat I sesuka hati you."
Marah Nayla dengan nada kepenatan. Dia sudah penat dengan perangai Dominic yang masih berkelakuan seperti penjenayah.
Jangan ingat sebab lelaki itu pernah menyelamatkan Nayla, dia akan membiarkan semua perkara yang Dominic lakukan. Jangan sampai dia panggil polis.
Dominic tertawa kecil sebelum menghampiri Iris yang duduk di sebelah Nayla. Kepala wanita itu dipeluk sebelum dia mengucup lembut sisi kepalanya.
"I miss you. Sebab tu lah I datang sini."
Mahu tersedak Nayla mendengar suara Dominic yang tiba-tiba kedengaran lembut. Iris di sebelahnya pula sudah terbeliak mata memandang Nayla.
ANDA SEDANG MEMBACA
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...
