" I'm so sorry. I tak perasan you ada dekat depan I tadi. You nak I ganti rugi?."
Soal lelaki tadi dengan riak wajah sedikit bersalah. Nayla terdiam sebelum dia tersenyum kecil. Kepalanya digeleng laju.
" Tak—tak apa. It's okay. Kopi je pun, I boleh beli nanti. So—."
" Kalau macam tu, I pergi dulu. Sorry."
Belum sempat Nayla bersuara, lelaki itu berlalu pergi dengan keadaan tergesa gesa. Nayla segera menggigit bibir bawahnya.
Handsome...
Tangannya dihalakan ke hadapan, menggenggam tangannya seolah olah mampu menggenggam lelaki tadi.
Dia terlepas peluang yang begitu besar sehingga mampu mengubah hidupnya. Kalau ada peluang sebegini, dia mahu jumpa lelaki itu lagi. Dia mahu tahu segalanya tentang lelaki itu. Ah, dia suka!.
Tanpa menunggu, kopi di tangannya tadi dicampak ke dalam tong sampah berdekatan dan terus memandu pulang ke pejabatnya. Dia berharap pertemuan seterusnya akan menjadi kenyataan. Dia akan cuba cari maklumat yang berguna untuk cari lelaki tadi.
***
Dengan langkah berhati hati, dia menanggalkan kasut tumit dan dijinjing. Malam sudah semakin larut, tetapi dia baru pulang daripada parti sahabatnya.
" Stop there, Marissa."
Langkahnya terhenti saat namanya dipanggil suara itu. Matanya dipejam, dia akhirnya kantoi.
Hawa menghampiri satu satunya anak kandungnya itu sebelum menarik lengan Marissa, memandangnya.
" Mommy nak apa?."
Soal Marissa sedikit marah.
Dia tak mahu berdiri di situ lama lama kerana dia takut terserempak dengan Tan Sri Hafzan. Orang tua tu selalu membebel panjang panjang. Sakit telinga dia nak dengar bebelan bapanya itu.
" You daripada mana ni?. Dah tengah malam baru balik?. You tahu tak, daddy you tu dah bising, tanya you bila nak balik."
Tanya Hawa dengan nada tertanya tanya. Sejak sejak ni, anaknya itu acap kali pulang lewat malam. Ke mana dia pergi pun Hawa tidak tahu. Perangai Marissa sudah menjadi jadi.
" I pergi rumah kawan I, apa lagi. I bosan, I keluar lah. Salah ke?."
" Memang lah tak salah tapi you buat apa sampai sekarang baru nak balik?. Apa yang you buat sampai tak ingat nak balik rumah?."
" Mommy, you boleh diam tak?. I sakit telinga lah dengar you membebel. Balik salah tak balik salah. Tak faham lah."
Marissa berdecit rimas dengan bebelan Hawa. Dua kali lima saja dengan orang tua tu, membebel saja. Menyesal dia balik sekarang. Kalau ikutkan hatinya, dia balik esok saja.
Tanpa menunggu jawapan Hawa, Marissa segera mendaki anak tangga menuju ke biliknya, meninggalkan Hawa yang sudah terdiam itu.
Dengan keluhan, Hawa bercekak pinggang. Dia tak boleh biarkan Marissa berperangai sebegitu. Habis lah dia kalau suaminya itu ambil tindakan. Dia tak mahu Marissa dihukum.
" Tak boleh jadi ni..."
Hawa sedang fikirkan sesuatu. Nak tak nak, dia sendiri yang akan pastikan Marissa tak keluar lagi.
***
" Sign dekat sini sekali."
Nayla menghalakan jarinya ke arah ruang untuk Tan Sri Hafzan menurunkan tandatangannya. Tanpa menunggu, Tan Sri Hafzan segera menandatangan surat persetujuan itu.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...