Nayla tersedar daripada lena apabila terasa ada air yang menitik di wajahnya. Aik, bumbung bocor ke?.
Perlahan lahan Nayla membuka kelopak mata dan alangkah terkejutnya apabila kelihatan wajah Harith di hadapannya.
Harith sedang tersenyum manis memandangnya.
"Good morning."
Panggil Harith dengan suara serak basahnya. Betul betul menggoda zahir dan batinnya.
Wajah Harith yang basah itu mengingatkan dia setiap kali Harith kejut dia pagi pagi. Harith selalu bangun awal.
Dia sedang bermimpi ke ni?.
"Harith!."
Nayla cuba menarik tengkuk Harith sebelum alarm di telefonnya berbunyi. Terus hilang ilusi di mindanya itu.
Argh, dia lupa untuk matikan telefon malam tadi kerana terlalu leka membelek wajah Harith sampai tertidur. Bodoh!.
Perlahan lahan tangannya meraba sebelah, mencari telefonnya yang mengganggu mimpi indahnya itu. Dia sempat cium Harith tadi tapi disebabkan telefon bodohnya.
Sudah pukul 5 pagi. Dia selalu set jam awal. Mengingati dia tak perlu ke tempat kerja, Nayla kembali mencampak telefonnya ke sebelah dan sambung tidur.
Dan akhirnya dia kembali sedar apabila terasa hari semakin terang. Mata beratnya dicelik paksa. Terasa lemah untuk bangkit.
Selepas lama terbaring, akhirnya Nayla terduduk. Selimut tebal itu diselak ke tepi sebelum dia bangkit. Rambut panjangnya diikat kemas dan dia terus membersihkan diri.
Sekarang, dia sudah terlepas waktu sarapan. Apa yang dia nak makan pagi pagi ni?. Tak akan lah dia nak tunggu sampai waktu tengah hari?. Mati lah dia!.
Akhirnya Nayla buat keputusan untuk keluar mencari makan di luar kawasan Resort. Mungkin dia akan cuba cari makanan di kawasan popular.
Siap berdandan, Nayla terus menuju keluar untuk ke tempat letak kereta. Rambutnya yang panjang itu cantik disimpul kemas. Cermin mata hitam itu dipakai sebelum beg Hermes miliknya disangkut pada bahu.
Lock kereta ditekan sebelum dia menarik penarik kereta. Belum sempat Nayla meloloskan diri, pintu keretanya ditutup seseorang. Nayla mengetap rahang memandang wajah lelaki yang begitu meluat itu.
"Good morning, princess."
Farhan bersandar sambil memeluk tubuh pada kereta Mercedes Nayla. Apa masalah lah mamat sewel ni. Siapa princess dia?.
Malas untuk buka mulut, Nayla cuba membuka pintu keretanya tapi dihalang Farhan. Nayla hilang kesabaran. Kenapa?!.
"Ke tepi sikit boleh?."
Minta Nayla memandang wajah Farhan meluat. Dia penat ni ditambah pula dia sedang lapar. Jangan sampai Farhan mati dimakannya nanti.
"Fine, I boleh ke tepi tapi dengan satu syarat. Breakfast dengan I. I tahu you tak makan lagi."
Farhan cuba berlagak gentleman di hadapan Nayla. Setahu dia, wanita suka dengan lelaki yang baik hati dan pemurah macam dia.
"Tak nak. I lebih suka untuk makan sorang sorang. Tolong kacau I, please."
Nayla mohon sangat pafa Farhan, jangan kacau ketenteramannya. Dia penat tahu tak?.
Farhan tertawa.
"Kalau I tak nak, you nak buat apa?. You nak call siapa suruh berlakon jadi husband you?."
Farhan cuba meraih tangan Nayla tapi laju saja dia tepis tangan lelaki tu. Sekarang dia sudah tidak boleh bersabar. Memang mati budak ni dia kerjakan!.
Cermin mata hitamnnya itu ditanggalkan perlahan.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...