NAYLA 49: Kidnapped

94 6 0
                                    

Perlahan lahan Nayla membuka matanya selepas dia sedar daripada pengsan. Kepalanya masih sakit dan pandangannya masih berpinar pinar.

Terasa lantai yang sejuk, angin yag dingin dan tangannya sudah diikat ketat sehingga dia tak mapu menggerakkan tangannya. Bahu dia sakit akibat terlalu lama mengiring.

"Shit!."

Nayla cuba merentap tangannya tetapi tetap tiada hasil. Tali tetap tak terurai. Apa yang dia perlu buat?. Dia di mana?. Matanya melilau melihat kawasan sekitar yang luas. Dia sepertinya di dalam gudang.

Telefon dan dompet dia tiada. Semuanya sudah diambil. Bagaimana dia mahu hubungi Iris?. Bagaimana kalau Harith telefon dia dan dia tak angkat?.

"Tolong!."

Jerit Nayla kuat, cuba mendapatkan bantuan daripada luar. Argh, dia tak boleh lama di sini. Bagaimana dengan client dia?.

"Tak ada guna kau jerit. Orang tak akan tolong."

Nayla segera menolehkan kepalanya ke arah suara tadi. Dia terkejut teruk apabila melihat Marissa turun diikat di hujung sana. Dia kelihatan sedikit tak terurus dan wajah penuh dengan lebam. Dia dipukul?.

"Marissa!. Why are you here?."

Jerit Nayla tak percaya. Adakah semua ini kebetulan ataupun ada orang yang mahu culik mereka berdua?.

Marissa tertawa kecil. Sudah sehatian dia di sini dan dia sudah tiada tenaga untuk bergerak. Dia fikir dia sudah mati di sini seorang diri tapi rupanya, dia akan mati bersama Nayla.

"Alan lah, siapa lagi?."

"Hah?!."

Jerit Nayla lagi. Alan?. Apa lagi lelaki jahat tu nak daripada dia?. Ish, dia sudah terperangkap.

"So, ni plan you dengan dia lah nak tangkap I?. You pura pura kena culik supaya nampak ni bukan angkara you?."

Soal Nayla dengan sengihan sinis. Dia tahu, semua ni rancangan Marissa. Dia tak akan percaya dengan Marissa lagi. Perempuan tu pandai menipu.

Marissa tertawa penat. Seperti dia cakap tadi, dia sudah tiada tenaga untuk layan sesiapa.

"Ikut kau lah, Nayla. Aku tak ada masa nak buat kau percaya. Yang penting, kau dengan aku akan mati dekat sini. Alan dah dapat kau, impian dia selama ni tercapai."

Marissa tersandar pada bungkusan kotak itu. Dia mula terfikirkan segala dosa dia selama ni. Betul lah orang cakap bila ajal dah nak sampai, kita hanya mampu terfikirkan segala dosa.

"Dia tak akan dapat I dan sampai bila bila pun tak akan. And I tak akan mati dekat sini. Iris dengan Harith akan cari I."

Nayla masih mencuba meleraikan ikatan di tangannya. Dia sudah janji dengan dirinya yang dia tak akan jatuh di tangan lelaki jahat tu.

"Argh, tak boleh!."

Nayla akhirnya mengalah. Dia terkial kial untuk duduk dan akhirnya dia berjaya untuk menyandarkan tubuhnya pada tiang gudang lama itu. Rambut yang menghalang pandangannya itu ditiup kuat.

"Bagus lah, ada orang yang akan cari kau."

Marissa masih merenung atap gudang. Sejak dia diculik, tiada siapa yang cari dia. Tiada sesiapa termasuk lah keluarga dia.

"Sebab you hanya percayakan mamat tu, Marissa. You tak percayakan keluarga you sendiri."

Marissa menolehkan kepalanya ke arah Nayla. Apa yang Nayla cakap adalah satu kebenaran. Marissa tak mahu pulang rumah, duduk dengan orang yang dia sangka dia kenal dan putuskan hubungan dengan orang lain.

NAYLAWhere stories live. Discover now