NAYLA 33: Iris The Psycho

326 11 0
                                    

" Daddy?."

Nayla yang sedang duduk di sofa bersama Harith segera mendapatkan Tan Sri Hafzan yang pulang bersama 2 beg plastik yang besar.

" Daddy beli apa ni?."

Tan Sri Hafzan tersenyum sebelum menyerahkan plastik tadi pada Nayla.

" Daddy ada beli lauk sikit. Alang alang Harith pun dah balik, apa kata kita makan besar malam ni?."

Nayla tertawa mendengar cadangan Tan Sri Hafzan. Tapi kedengaran seronok. Dia pun tak sibuk nak tolong Hawa masak semua ni. 

" You tunggu sini, jangan pergi mana mana. Nanti I datang balik."

Arah Nayla sebelum dia membantu Tan Sri Hafzan membawa plastik tadi ke dapur. Tan Sri Hafzan tertawa sambil menggelengkan kepalanya melihat Nayla.

" You macam mana?. Dah okay ke pinggang tu?."

Tan Sri Hafzan mengambil tempat di sebelah Harith. Dia segera mengangguk kepalanya.

" Dah okay sikit. Nayla asyik tuam dengan ais hari hari, dia dah reda sikit."

Tan Sri Hafzan mengangguk kepala mengerti. Melihat Harith yang sekarang, Tan Sri Hafzan rasa ada sesuatu yang berubah.

" Dulu, waktu you guys baru kahwin, I perasan yang you dengan Nayla jarang sangat luangkan masa berdua. Sekarang ni, mana ada you, dekat situ ada Nayla."

Luah Tan Sri Hafzan sedikit pelik. Mungkin perasaannya saja tapi dia boleh nampak perbezaan tu. Bagus lah, itu yang terbaik.

Harith tertawa kecil apabila mendengar Tan Sri Hafzan kata begitu. Dia sendiri tak tahu. Mungkin kerana dia di bawah pantauan Nayla. Ke mana dia mahu pergi, dia perlu beritahu Nayla dulu. Jadi dia dah terbiasa

" Dulu Nayla bukan macam tu."

Tan Sri Hafzan tersenyum kecil mengingatkan semula perangai Nayla dulu. 

" Maksud Daddy?."

Harith mahu tahu lebih lanjut. Apa maksud Tan Sri Hafzan yang Nayla bukan macam tu?.

" Kalau you nak tahu, Nayla tu dulu keras kepala sangat. Semua yang I cakap, dia tak nak dengar. Waktu dia remaja, lagi sakit kepala I nak layan perangai dia. Tapi sejak dia kahwin dengan you, I tengok Nayla tu banyak berubah."

Jelas Tan Sri Hafzan kepada Harith yang sudah terdiam.

"I bukan ayah yang baik untuk dia. I kurang luangkan masa dengan dia sampai dia rasa terabai. Dia banyak sangat beralah dengan Marissa dulu sampai dia selalu cakap yang I tak sayangkan dia. I tak pandai nak bahagikan kasih sayang."

Tan Sri Hafzan masih mampu tersenyum. 

" Eh, I teremosi pula dengan you."

"It's okay. I faham maksud daddy."

Harith memegang bahu Tan Sri Hafzan, cuba memberikan semangat buat bapa mertuanya itu. Bagi Harith, Tan Sri Hafzan sudah cuba yang terbaik untuk jadi contoh dalam keluarga. Bukan senang untuk dia jaga sebuah keluarga.

" Please jaga Nayla dengan baik. Dia mungkin keras kepala tapi hati dia baik. I just nak you cuba bahagiakan dia. Mungkin dia akan bahagia dengan you, lebih daripada dia rasa dulu."

Tan Sri Hafzan pula mencengkam bahu Harith, meletakkan tanggungjawab itu pada Harith sebagai suami Nayla.

" I cuba yang terbaik."

Harith tersenyum sebelum mereka berbual topik mereka. Apa lagi kalau bukan tentang investment?. 

***

NAYLAWhere stories live. Discover now