NAYLA 60: Best Memories Ever

100 8 0
                                    


"Harith?.

Nayla yang berbaring di sebelah Harith itu memandang wajah Harith yang masih memejamkan mata.

"Hm...?."

Harith berbunyi perlahan.

Nayla tersenyum sebelum dia mengemaskan kedudukan kepalanya di atas dada Harith. Jarinya bermain dengan dada Harith.

"Macam mana you tahu I dekat sini?."

Soal Nayla mahu tahu. Setahu dia, dia tak ada beritahu sesiapa. Harith jejak telefon dia ke?.

Harith tersengih kecil sambil mengusap bahu Nayla yang terdedah itu. Keluhan kecil dilepaskan perlahan.

"You ingat lagi tak waktu kita dekat rumah, you cakap dengan I you nak kita bercuti dekat sini?."

Terus terangkat kepala Nayla. Terbeliak matanya memandang wajah Harith.

"You ingat lagi semua tu?. I ingat you dengar tak dengar je."

Nayla memuncungkan bibirnya sebelum kembali meletakkan kepalanya di dada Harith. Waktu tu, Harith macam layan dia nak tak nak saja.

"Of course I ingat. So that's why lah I terus datang sini. And bila I sampai sini, I nampak ada mamat lain kacau isteri I. Nasib baik dia dia back off, kalau tak dah lama hinggap penumbuk ni dekat muka dia."

Harith menayang buku limanya sebelum Nayla tertawa. Kelakar lah suami dia ni. Padahal, dia tak pernah nampak Harith pukul sesiapa.

"Tapi kan you, macam mana you boleh jumpa I dengan Marissa waktu kena culik tu?. Sampai sekarang I tak tahu. Dominic ada sekali pula tu."

Sekali lagi Nayla tertanya bagaimana Harith dan Dominic boleh jumpa dia dan Marissa ketika mereka diculik Alan.

Dan paling dia terperanjat, Harith boleh berkomunikasi dengan baik bersama Dominic. Dia sangka Harith dan Dominic tak boleh berjumpa.

Harith terdiam.

"I bagitahu dia apa yang Alan pernah buat dekat you and dia boleh tolong I cari Alan. And bila Iris call I yang you tak masuk Office, I terus terfikirkan pasal Alan. Nasib baik lah Dominic dah hantar budak dia perhatikan Alan. So I tahu dia bawa you pergi mana waktu tu."

Harith menguncup dahi Nayla lama. Dia tak boleh bayang apa yang akan terjadi pada Nayla jika dia dan Domini terlambat sampai.

Sampai sekarang dia masih risau jika Nayla hilang walaupun Alan sudah tiada.

Nayla tersenyum bahagia.

"Thank you sebab you always ada dengan I even though I banyak menyusahkan you."

Wajahnya diangkat memandang Harith yang masih tenang menatap wajahnya. Lelaki itu lah anugerah daripada Tuhan yang paling Nayla hargai.

"And thank you sebab you sudi terima lelaki serba kurang ni."

Luah Harith dengan senyuman kecil. Nayla wanita yang terlalu berharga untuk dia miliki. Segala usaha dia untuk dapatkan Harith begitu besar untuk dipandang.

Nayla merapatkan wajahnya pada wajah harith sebelum bibir mereka bertaut.

Di saat mereka bersentuhan, Nayla dapat rasakan satu getaran dalam hatinya. Dia dapat rasakan perasaan hangat yang mengalir walaupun banyak kali mereka bersentuhan.

Perasaan itu tak akan pernah hilang buat selamanya. Dia tetap mengidamkan sentuhan Harith yang terasa syahdu itu.

"I lapar lah."

Rengek Nayla manja. Daripada pagi tadi mereka duduk di bilik saja sampai lah sudah masuk waktu tengah hari. Perutnya sudah masuk angin.

"You lapar?."

NAYLAWhere stories live. Discover now