NAYLA 46: Maybe A Karma

91 6 0
                                    

"Nayla!."

Namanya diteriak kuat. Nayla yang baru tiba di pejabatnya segera menoleh ke belakang. Kelihatan Iris yang berlari anak mendapatkan bosnya itu.

"Why are you shouting?."

Nayla menggelengkan kepalanya pelik kerana dia cuti 2 hari je, bukan sebulan pun. Itu pun sebab Harith yang paksa dia berehat di rumah.

Iris segera memeluk tubuh Nayla erat seolah olah tak mahu melepaskan wanita itu pergi.

Nayla terdiam sebelum dia membalas pelukan Iris. Dia tak tahu kenapa Iris peluk dia tapi dia biarkan saja.

"You okay?. You nak breakfast apa hari ni?. I belanja. You cakap je you nak makan apa. Lasagna?, spaghetti?, Nasi Lemak?."

Soal Iris dengan senyuman teruja. Nayla tersenyum sambil mengerutkan keningnya, semakin pelik dengan sikap Iris yang tiba tiba saja terlalu baik. Ada sesuatu yang Iris mahukan daripadanya?.

"Okay, stop. Kalau you nak something daripada, just say it. You nak ambil cuti?."

Soal Nayla yang tahu Iris mahukan sesuatu. Iris laju menggelengkan kepalanya sebelum membawa Nayla ke biliknya.

"No, I tak akan ambil cuti and I cuma nak pastikan you happy, you tak sedih sedih. Okay?. So, you nak makan dekat mana?."

Iris menarik kerusi dan memaksa Nayla duduk. Iris tersenyum lebar, dia ikhlas untuk buat baik hari ni. Dia mahu jaga Nayla seharian ni.

Nayla yang tersenyum itu hanya menggelengkan kepalanya. Dia memandang wajah Iris dengan renungan sesuatu.

"Apa?."

Soal Iris dengan sengihan. Salah ke dia buat baik?.

"Apa yang Harith bagi tahu you?."

Soalan Nayla membuatkan Iris terdiam. Dia tak sangka Nayla boleh menembak apa yang dia fikirkan sejak pagi tadi. Nayla terlalu tajam dalam menjangka fikiran orang.

Akhirnya Iris mengalah. Dia terduduk di hadapan Nayla sebelum tangan Nayla digenggamnya erat.

"Harith just suruh I jaga you je, dia minta I tengok tengokkan you. I tanya dia what happen dan I paksa dia beritahu perkara sebenar. Dia bagi tahu I pasal lelaki tak guna tu."

Luah Iris dengan renungan sebersalah. Dia tak tahu selama ni Nayla yang kelihatan begitu kuat itu sebenarnya sudah lalui banyak perkara buruk.

"Kenapa you tak pernah bagi tahu I pasal benda ni?."

Wajah Nayla itu dipandangnya simpati. Kenapa Nayla mahu berahsia dengan dia sedangkan mereka sudah lama kenal. Dia tahu hal itu berat tapi mereka kan kawan?.

"Sebab I tak nak anggap I lemah?. Kalau orang lain tahu tentang tu, mesti dia orang ingat I nak perhatian."

Jelas Nayla selamba. Dia perlukan orang untuk bersosial tapi itu tak bermakna dia mahu luahkan segalanya pada orang sekitarnya. Dia tak mahu orang fikir dia lemah.

"Hey, kita beritahu orang tak bermakna kita lemah, okay?. Sometimes kalau benda tu berat, jangan paksa diri untuk simpan dalam hati. You have me, you ada Harith. Maybe beban tu akan berkurang. Be it easy for yourself. Jangan paksa diri you."

Iris tak pandai dalam menasihati orang lain tapi mahu Nayla mula sayang dengan dirinya sendiri. Nayla terlalu fikirkan tentang orang lain berbanding dirinya sendiri.

Nayla terdiam mendengar nasihat Iris. Dia tahu Iris cuma risaukan dia dan dia hargai wanita itu.

"Thanks."

Ucap Nayla sepatah. Dia faham maksud Iris dan dia akan cuba. Dia juga sedang baiki dirinya demi kebaikan emosinya.

"Dah, jom kita makan. Harith cakap you tak sempat breakfast. Kalau you tak makan, I juga yang kena."

NAYLAWhere stories live. Discover now