NAYLA 62: Dominic X Iris

133 10 0
                                    

Beberapa tahun kemudian...

Kelihatan Iris yang anggun bergaun putih manakala Dominic bertuxedo hitam lengkap, sedang berdiri di atas pentas kecil di tengah tengah laman luas itu. Mereka berdua berdiri berpandangan sambil berpegang tangan.

"Kita di sini bagi meraikan perkahwinan Dominic János (Yanosh) dan Lee Iris."

Ucap seorang paderi yang menyaksikan perkahwinan Iris dan Dominic di pagi itu. Tetamu tetamu yang hadir sudah bersorak gembira, menantikan saat untuk menyatukan pasangan itu.

Selepas lama Iris dan Dominic membaca sumpah perkahwinan mereka, tiba masanya Alex di sisi Dominic menghulurkan sekotak cincin ke arah rakannya itu untuk disarungkan pada jari manis Iris.

Perlahan lahan cincin tadi disarungkan pada Jari manis Iris. Shen yang duduk di sebelah bekas suaminya itu sudah menyarung cermin mata hitamnya, tak mahu ditangkap sedang beremosi untuk menyaksikan detik memori indah itu.

Sungguh dia terharu melihat satu satunya anak kandung kahwin. Siapa sangka anaknya yang suka berloya buruk tu sudah jadi suami orang?.

"Dominic, do you take Iris as your wife?."

Soal Paderi tadi.

"Yes, I do."

Dengan senyuman, Dominic membalas.

"Iris, do you take Dominic as your husband?."

Giliran Iris pula di tanya.

"Yes, I do."

"No, I pronounce you husband and wife. You may kiss the bride."

Terus kedengaran sorakan gembira tetamu tetamu yang hadir. Walaupun majlis mereka private, tetapi tetap dihadiri rakan rakan Dominic dan Iris.

Dengan senang hati, Dominic menarik kepala Iris dan diciumnya bibir Iris sesaat mereka menjadi suami isteri. Kedengaran bunyi siulan di bahagian bridesmaid. Salah seorangnya ialah Nayla dan Harith.

"Congratulations!."

Dominic dan Iris berdiri memandang tetamu sebelum Dominic mengangkat tangan Iris ke atas, tanda dia sudah memiliki Iris sebagai isterinya. Mereka berdua tertawa teruja kerana itu lah saat yang mereka tunggu selama ni. Daripada hubungan yang rumit, hingga lah mereka menjadi suami isteri.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan. Nayla dan Harith hanya mampu memandang pasangan baru itu yang sedang menarik di tengah tengah laman dan disaksikan tetamu yang hadir.

"Macam tak percaya kan dia orang berdua ni kahwin?."

Nayla mencebikkan bibirnya memandang Harith. Nayla sendiri tak tahu secara terperinci bagaimana mereka berdua boleh bersama.

Tapi apabila melihat hubungan mereka berdua begitu mesra, buat Nayla rasa turut berbahagia. Hanya Dominic saja yang mampu buat Iris jatuh cinta begitu.

"I memang dah boleh expect dia orang berdua ni bercinta."

Jawab Harith bangga dengan keyakinannya. Dia sudah agak daripada awal tapi dia diamkan saja. Nayla tersengih sinis. Ye lah tu!.

"Nayla!."

"Iris!."

Kelihatan Iris berlari ke arah Nayla sambil mengangkat gaun labuhnya itu. Mereka berdua berpelukan lama.

"How do you feel?. Seronok tak jadi Mrs. János?."

Nayla memegang bahu Iris, teruja melihat wajah Iris yang cantik berhias itu. Melihat Iris bergaun putih itu buat dia jadi emosi. Iris sudah jadi isteri orang dan dia rasa masa berlalu dengan pantas.

NAYLAWhere stories live. Discover now