" You tak makan?."
Zul datang menegur isterinya yang sedang duduk di gazebo hadapan rumah mereka. Raima hanya tersenyum, menyapa suaminya.
" I tak ada selera."
Hanya langit yang terbentang luas itu saja yang mampu menenangkan fikirannya buat masa sekarang. Dia terlalu fikirkan tentang Harith, anak kesayangannya itu.
" Makan lah sikit. Nanti macam mana you nak makan ubat ni?."
Zul meletakkan bekas ubat di atas meja sebelum membawa Raima ke dalam dakapannya. Dahi isterinya dikuncup lembut.
" You rasa, Harith menyesal ke ada mama macam I ni?."
" Ish, apa pula you fikir macam tu?. I rasa, dia bersyukur sangat ada mama macam you. Yang tak pernah sedetik pun lupakan dia. Harith sepatutnya beruntung sebab ada mama yang baik, yang cantik macam you."
Pipi Raima diusap Zul dengan penuh kasih sayang. Cintanya terhadap Raima tak pernah pudar kerana Raima pengubat segala deritanya dulu.
Di saat mereka susah, Raima berkorban untuknya. Semua harta yang dia ada digadaikan demi kehidupan mereka.
Raima berkahwin dengannya sewaktu Raima berumur 18 tahun. Dia pula hanya beza 2 tahun. Banyak dugaan yang mereka harungi bersama. Masalah kewangan, masalah keluarga dan masalah kerja lagi.
Tapi sikit pun dia tak pernah nampak Raima mengeluh. Raima setia di sisinya sampai lah sekarang. Mereka harungi masalah itu bersama dan akhirnya, mereka dapat mengatasi semua itu kerana kasih sayang yang kuat antara mereka.
Tak sampai setahun, lahir pula Harith yang menerangi kehidupan mereka. Hanya syukur saja yang mampu mereka ungkap kerana tiada apa yang lebih berharga buat Zul dan Raima selain Harith.
" I sayangkan Harith..."
Setelah lama dia pendam perasaan sayu, akhirnya mengalir juga air matanya di hadapan Zul. Dia sudah bernekad untuk hadap masalah ini dengan tenang tapi dia tak mampu lagi.
" It's okay, sayang. I ada dengan you... It's okay."
Lengan Raima diusap Zul, cuba menenngkan Raima. Dia sebagai seorang suami akan tetap memberikan sokongan untuk isterinya. Dia tahu, bersedih tak akan mampu menyelesaikan apa apa.
"Macam mana kalau apa yang I buat ni only makes it worse?. I rasa I kejam sangat. I fikir apa yang I buat ni cukup bagus, tapi I cuma tambah beban untuk anak kita."
Zul segera menyeka air mata isterinya itu sebelum memeluk Raima erat. Dia tak mahu menangis kerana dia mahu jadi kekuatan buat Raima. Isterinya perlukan kekuatan.
" You jangan lah fikir macam tu. Harith tu dah besar, dia perlukan masa untuk fikirkan masa depan dia. Kita bagi dia ruang, biar dia fikir masak masak pasal hubungan dia."
Kepala Raima digosok lembut, cuba untuk menenangkan Raima. Dia jarang ada di sini sebab sibuk dengan hal Kolejnya tapi sekarang, dia sudah minta izin untuk pulang. Dia mahu jaga Raima sehingga Raima sembuh.
" Kita makan sikit eh?. Nayla ada hantar you makanan, dia tak sempat lawat you tadi. Dia mungkin datang esok kalau dia tak sibuk."
Terus tertoleh kepala Raima saat nama Nayla disebut.
" Nayla datang tadi?. Kenapa you tak panggil I?."
Zul tertawa melihat wajah kecewa Raima kerana tak dapat berjumpa Nayla. Suka betul dia dengan Nayla.
" Dia sibuk hari ni. Itu yang dia hantar, lepas tu terus dia balik. Dia kirim salam dekat you."
Terus terukir senyuman di bibir Raima. Dia rasa, Nayla baik orangnya dan sebab tu dia tak teragak agak untuk terima Nayla sebagai menantunya.
YOU ARE READING
NAYLA
RomantikSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...