NAYLA 55: Bring Her Back

139 12 0
                                    

Harith tertunduk di hadapan Hawa dan Tan Sri Hafzan yang hanya mengurut kepalanya. Terlalu berat untuk dia terima semua kenyataan itu.

Harith sudah ceritakan padanya tentang hubungan dia dan Alissa. Dan apabila dia tahu Nayla dan Harith tak pernah kenal pun sebelum ni buat Tan Sri Hafzan semakin sakit kepala.

Dia sudah tak kisah pasal itu semua kerana perkara sudah berlalu. Pilihan Nayla untuk kahwin dengan Harith adalah satu pilihan yang tepat.

" I'm sorry, Daddy, Mommy. Semua ni salah I."

Banyak kali Harith mengulang perkataan maaf. Dia sepatutnya tahan Nayla tadi tapi dia mahu Nayla tenangkan fikirannya dahulu. Tapi sekarang dia sudah mula risau kerana hari semakin lewat.

Dia sudah terangkan pada Tan Sri Hafzan dan Hawa berkaitan hubungan dia dengan Alissa dan semestinya Tan Sri Hafzan tak boleh terima semua tu.

"You janganlah rasa bersalah sangat. Kita semua pernah buat silap I tahu you boleh betulkan semua ni. You still nak pertahankan perkahwinan you kan?."

Soal Tan Sri Hafzan dengan nada memberi keyakinan. Harith laju menganggukkan kepalanya. Walau apa pun yang terjadi, dia tak akan lepaskan Nayla.

Dia sayangkan Nayla dan sejujurnya, dia tak suka apabila keadaan jadi semakin rumit. Dia akan uruskan hal ni dengan Alissa secepat yang mungkin.

" Apa apa pun, kita tunggu lah Nayla balik. Biar lah you dengan Nayla bincang sendiri."

Balas Hawa, masih terfikirkan tentang Nayla yang tak balik balik. Hari sudah semakin gelap dan dia terlalu risaukan Nayla.

Mereka tak boleh marah Harith sebab benda ni sudah terjadi mereka sebagai ibu bapa tak mahu masuk campur. Biarlah Harith dan Nayla yang uruskan tapi kalau boleh, jangan dibiarkan lama.

"You dah try call Nayla?."

Soal Tan Sri Hafzan, mahu tahu keberadaan anaknya itu. Harith menggeleng kepalanya perlahan. Telefon Nayla sudah dimatikan.

"Dia tak angkat."

Hawa pula sudah tak boleh duduk senang. Dia asyik terfikirkan keadaan Nayla. Macam mana kalau ada sesuatu yang terjadi pada anaknya itu?.

" I pergi cari dia sekejap."

Harith bangkit untuk pergi cari Nayla. Dia percaya, Nayla mesti pergi jauh daripada sini. Dia tak mahu menyesal.

" Tak apa lah, you stay je dekat sini. Daddy percaya dia akan balik juga."

Tan Sri Hafzan bersuara, menghalang Harith untuk keluar. Dia tak mahu Harith terlalu gelisah. Apa apa boleh jadi.

" I perlu cari dia kalau I tak nak menyesal."

" Daddy percaya dia ada dekat rumah Iris. Tu je tempat yang dia boleh pergi. Kita bagi lah dia masa. Kalau dia dah ready, daddy percaya dia akan balik."

Ujar Tan Sri Hafzan bersama senyuman kecil, mahu Harith yakin Nayla tak akan dalam bahaya selagi dia bersama Iris.

Harith mengeluh kecil, sedikit lega apabila Tan Sri Hafzan kata begitu. Tapi, dia masih tak tenang selagi Nayla tak dengar penjelasannya.

Dia cuba hubungi Iris.

"Hello?."

Iris yang sedang duduk di meja soleknya itu segera menjawab panggilan Harith. Agak lain sebenarnya lelaki tu telefon dia malam malam begini.

NAYLAWhere stories live. Discover now