NAYLA 44: Betrayed

125 6 0
                                    

PANG!

Marissa yang baru pulang itu terkejut apabila di ditampar oleh Tan Sri Hafzan secara tiba tiba tanpa amaran.

Dia jatuh terduduk di lantai apabila tamparan Tan Sri Hafzan hinggap di pipi mulusnya. Hawa di belakang Tan Sri Hafzan hanya mampu menekup mulut kerana dia tak boleh masuk campur.

"Apa ni, Marissa?!."

Tengking Tan Sri Hafzan apabila dia jumpa kertas kertas peperiksaan Marissa di dalam laci. Semua soalan tak dijawab dan markahnya kosong!. Bapa mana yang tak sakit hati tengok anak macam ni?.

Marissa memegang pipinya yang terasa pijar itu. Air matanya mengalir kerana terlalu sakit hati. Dia benci Tan Sri Hafzan!.

"Daddy hantar you sekolah swasta bukan sebab ni!. Daddy tak faham lah dengah you ni, Marissa?. Kenapa you suka kecewakan daddy?."

Soal Tan Sri Hafzan sambil memegang kepalanya, terlalu kecewa. Setiap kali peperiksaan, mesti macam ni. Ada saja kertas yang ditinggalkan kosong.

"Daddy nak tampar I banyak kali sekalipun, I tak akan ikut cakap you!. I benci you, daddy!. You tak pernah fikir pasal I. You asyik fikirkan pasal maruah dengan air muka you je tapi you tak pernah fikirkan kebahagiaan I, apa yang I nak. I benci you!."

Marissa menjerit lantang sebelum dia berlalu pergi, keluar daripada rumah. Dia benci!.

"Marissa!."

Hawa cuba menghalang anaknya tetapi Tan Sri Hafzan menghalang. Nayla yag baru pulang daripada kelas tambahan itu bertembung dengan Marissa. Dia terkejut melihat wajah Marissa yang basah dengan air mata.

"Biarkan dia!."

Tan Sri Hafzan tak tahan dengan perangai Marissa. Dia nak tengok sejauh mana Marissa boleh hidup tanpa dia. Dia tak faham dengan budak budak zaman sekarang ni.

Marissa berlari laju, menuju ke rumah Alan. Hanya di situ saja tempat yang dia rasa selamat. Sesampai di hadapan pintu pagar rumah Alan, loceng ditekan beberapa kali.

"Alan!."

Jerit Marissa.

Alan yang menyedari kehadiran Marissa itu segera menghampiri pagar rumah. Setelah pintu dibuka, Marissa segera memeluk tubuh Alan. Dia menangis di dalam pelukan Alan.

"Aku benci keluarga aku... Aku benci dia orang!."

Raung Marissa yang sudah dikuasai dengan emosi.

Alan yang melihat Marissa menangis itu tersenyum sebelum dia mengusap kepala Marissa. Dia tetap seperti budak kecil walaupun dia berani buat kerja jahat.

"It's okay..."

Pujuk Alan dengan senyuman. Marissa tetap menangis seperti budak kecil di dalam pelukan Alan. Bagi dia, lelaki itu saja lah tempat dia meluah segala rasa peritnya. Hanya Alan saja yang faham dia.

"Why?. Kenapa kau menangis ni?."

Soal Alan sambil menarik dagu Marissa, memaksa wanita itu memandang wajahnya. Marissa yang teresak esak itu segera menyeka air matanya.

"Bapak aku tak pernah faham aku. Aku nak lari daripada rumah... Aku benci dia!"

Ujar Marissa dalam nada merayu supaya dia tak perlu lagi hadap muka Tan Sri Hafzan. Dia sudah naik muak.

"Aku nak duduk dengan kau... Please..."

Marissa merayu supaya dia dapat bersama Alan. Dia sanggup duduk dengan Alan daripada duduk dengan keluarganya yang terasa seperti neraka.

Alan terdiam lama sebelum dia lagi sekali tersenyum.

"Kau boleh duduk rumah aku dulu kalau kau nak, tapi aku nak minta tolong kau satu benda. Boleh?."

NAYLAWhere stories live. Discover now