"Sayang?."
Tan Sri Hafzan yang baru saja turun daripada biliknya menegur Hawa yang sedang duduk sambil tersenyum itu.
Hawa yang menyedari kehadiran suaminya hanya tersenyum.
"You kenapa ni senyum sorang sorang?."
Tan Sri Hafzan duduk di sebelah Hawa di sofa ruang tamu. Hawa segera menggelengkan kepalanya .
"Tak ada apa, I tengok dia orang tu."
Hawa mengalihkan pandangannya ke arah gazebo luar.
Tan Sri Hafzan juga turut menelengkan kepalanya, melihat apa yang Hawa sibukkan daripada tadi. Kelihatan Nayla dan Harith yang duduk bergelak tawa di ruang gazebo.
Mereka semakin rapat sejak sejak ni. Lebih tepat lagi sejak pagi ini.
"Apa yang jadi dekat Nayla tu buat I terfikir apa yang Nayla rasa. Macam mana dia teruskan hidup dia lepas apa yang dah jadi. I rasa I selfish sangat."
Luah Hawa sebersalah. Melihat Nayla yang sudah boleh bergelak tawa itu buat dia rasa bersyukur kerana Nayla sudah jumpa kebahagiaan dia sendiri.
"Dia dah bagi tahu you apa yang jadi waktu tu?."
Soal Tan Sri Hafzan mahu tahu kerana Nayla masih tak buka mulut berkaitan kejadian dia hampir dirogol itu. Sebagai seorang bapa, dia mahu tahu siapa pelaku tu. Dia mahu siat siat kulit lelaki tu.
Hawa hanya menggelengkan kepalanya.
"I tak nak paksa dia cerita sebab I tak nak dia ingat lagi semua tu. Cukup lah I dapat tengok dia tersenyum macam tu. Dah buat I bersyukur sangat."
Senyuman kecil terukir di bibir Hawa apabila dia melihat Nayla yang sedang tertawa itu. Dia tahu Nayla bahagia di samping Harith.
Tan Sri Hafzan turut tersenyum melihat pasangan bahagia itu. Dia suda serahkan Nayla pada Harith dan dia tahu dia boleh percayakan Harith.
"Marissa mana?."
Soal Hawa pula. Tan Sri Hafzan mengeluh kecil sebelum dia bersandar ke belakang.
"Dia dekat atas. I tak nak kejut dia."
Tan Sri Hafzan kelihatan begitu kecewa dengan apa yang dia lihat malam tadi.
Selama ini dia sangka Marissa keluar pergi kerja tapi sebenarnya, Marissa keluar buat kerja haram. Lagi hancur hatinya apabila fikir tentang Marissa.
"Apa kita nak buat dengan Marissa tu, yang?. I risau lah."
Hawa memandang wajah suaminya dengan pandangan gelisah. Selepas Tan Sri Hafzan beritahu tentang Marissa, Hawa sudah agak semua itu akan terjadi.
Hari hari Marissa balik lewat malam, kadang kadang tak balik rumah langsung. Bila dia tanya mana Marissa pergi, budak tu hanya tahu mengelak saja. Dia sebenarnya sudah penat nak nasihat.
"Kita tak ada pilihan lain selain kurung dia dekat rumah dulu. Kalau polis tahu tentag ni, lagi teruk keadaan boleh pergi."
Keluh Tan Sri Hafzan sambil memegang kepalanya. Banyak benda dia nak fikir. Tentang kehidupan Marissa, maruah dia lagi. Bukan senang nak besarkan anak perempuan ni.
Kelihatan kelibat Marissa yang sudah bersiap untuk keluar itu menuruni anak tangga. HMarissa yang turun tak sebersalah itu haya buat muka selamba.
Dia tak tau macam mana dia boleh ada dala bilik dia. Sedar sedar saja dia sudah ada atas katilnya. Mesti dia balik tanpa sedar kerana dia terlalu mabuk semalam. Dia tak ingat apa apa.
"You nak pergi mana, Marissa."
Soal Hawa yang sudah bangkit, mahu menghalang Marissa keluar ruma. Dia sebagai ibu perlu buat sesuatu.

ANDA SEDANG MEMBACA
NAYLA
RomantikSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...