"Oh god, cantiknya dress you?. Dior?."
Iris yang sedang menyusun kertas rekaan di atas meja Nayla segera menghampiri wanita itu yang baru sampai pejabat. Nayla tersengih.
" I tak sangka yang husband I belikan dress ni untuk I. Cantik kan?."
Nayla berpusing pusing di hadapan Iris dengan senyuman lebar. Iris mengangguk kepalanya laju. Dia juga turut terkejut. Mereka terus ke sofa.
" Hm!, he has a good taste. Dah lah gaun ni limited edition. Macam mana dia boleh dapatkan gaun ni untuk you?."
Soal Iris selepas menghirup kopi paginya. Nayla tertawa kecil sebelum Iris menghulurkan dia secawan kopi suam.
" Dia cakap dia ada kawan dekat sana. But it doesn't matter anyway. Yang penting, I happy I dapat baju ni!. You tahu kan how obses I am with this brand?."
Rengek Nayla sambil menunjukkan emosi terujanya.
" Yes, I know. So, macam mana you dengan husband you?. Dia still contact dengan ex dia?."
Soalan Iris terus menarik senyuman Nayla. Terus rosak mood dia apabila nama wanita itu disebut. Dia berdegus kecil sebelum menjulingkan matanya ke atas, meluat.
" Dia orang still berjumpa. Walaupun I tak nampak, tapi I tahu."
Nayla kembali menghirup kopi suamnya itu. Apabila teringatkan mesej antara Harith dan Alissa malam tadi, terus rasa pahit semacam kopinya itu. Dia sempat periksa telefon Harith selepas lelaki itu tidur.
" Habis tu, you tak buat apa apa ke?. Dia curang kot, tak akan you diam je?."
Reaksi Iris begitu terkejut. Nayla cakap seolah olah tak kisah dengan semua itu. Kalau sayang, tak akan lah berdiam diri saja?.
" I boleh buat apa?. Nak kurung dia dekat rumah?. Lagipun you tahu kan yang Harith still sayangkan Alissa tu?."
Balas Nayla dengan nada tenang. Dia tak boleh paksa Harith untuk tinggalkan Alissa kerana dia tiada hak. Dia yang rampas Harith.
" Macam mana kalau tiba tiba you dapat tahu dia orang pergi kahwin dekat Thailand?. We never know right?."
Tanggapan Iris membuatkan Nayla mula mengetap rahangnya. Kata kata Iris tadi membuatkan Nayla tersengih jahat.
" Maybe I patut suruh Dom bunuh je perempuan tu?."
Senyuman menahan amarah itu membuatkan Iris meneguk liur. Menyesal dia api apikan Nayla tadi. Tak mungkin Nayla buat macam tu. Dia masih ada kemanusiaan kan?.
" Wow, I tak pernah terfikir tentang tu..."
Sisa kopi tadi diteguk rakus sebelum cawan kertas itu digenggam kuat sebelum dilenyekkan pada meja.
" Ayo, chill. I just cakap je. Tak mungkin your husband boleh buat macam tu. Dia mesti fikirkan pasal your parent. Dia mesti fikirkan tentang maruah Tan Sri Hafzan."
Iris cuba menenangkan suasana walaupun dia yang rosakkan mood Nayla. Nayla tersengih kecil. Maybe, tapi kalau dah terdesak, apa yang dia orang fikir?.
Nayla yang malas untuk fikirkan tentang itu segera bangkit dan kembali ke tempat duduknya. Sekarang, dia hanya perlu fokus pada kerjanya dulu.
***
" Good morning Mr. Harith."
Harith yang baru tiba di pejabat itu hanya memberikan sebuah jelingan kecil ke arah Rayyan yang sudah tersenyum ceria di pagi pagi buta.
" Yang kau tersenyum lebar ni kenapa?."
Balas Harith sebelum meletakkan beg komputer riba pribadinya di atas meja. Dia terpaksa keluar rumah awal awal pagi demi sampai ke pejabat tepat pada waktunya. Dia tak mahu hadap sesak jalan raya.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...