" How's your life, bro? By the way, aku minta maaf sebab tak dapat datang majlis kau. Kau pun tahu lah that old man keeps pressuring me, asking for this and that."
Rayyan menghampiri Harith yang sudah sampai di dewan yang mereka tempah untuk mesyuarat tersebut.
Mereka berdua berjabat tangan sebelum berpelukan seketika. Rayyan tidak sempat hadir ke majlis pernikahannya kerana sibuk dengan urusan luar negeri. Biasa lah, pekerja kepercayaan Dato Sri Ismail kan?.
"It's okay. Macam tu je lah."
Balas Harith dengan senyuman pasrah.
Dia tak tahu lah apa maknanya berumahtangga. Setahu dia, hidup beristeri ni indah tapi dia masih tak dapat maksud indah tu macam mana. Mungkin kerana bukan pasangan yang dia cinta.
" Relax, bro. Kau baru sehari kahwin, belum rasa apa apa lagi. Nanti ada manisnya datang pula."
Mereka berdua berjalan beriringan mencari rakan kerja mereka yang lain. Rayyan masih bujang, tak tahu apa yang dia cakap tapi ada betulnya.
Dia masih baru lagi melayari hidup berumah tangga. Dia berharap, dia mampu hadapi semua ujian nanti.
" Rayyan, Harith, sini."
Kelihatan Dato Sri Ismail memanggil dua orang pekerja yang selalu dia pilih untuk hantar ke luar negeri bersama. Satu jabatan tahu yang Harith dan Rayyan tak boleh berpisah kalau diberikan tugas.
" Kenapa you guys berdua ni lambat?. Bukan ke I suruh datang sebelum pukul 10?. Mana you guys pergi?."
Soal Dato Sri Ismail dengan riak wajah tertanya tanya dan marah. Dia seorang yang selalu menepati masa dan berdisplin. Tak boleh lambat sikit, mesti kena bebel.
" I hantar adik I pergi kelas ballet. Tu yang lambat sikit, haha..."
Rayyan tersengih seperti biasa kalau dia mahu menipu. Harith menjeling ke arah Rayyan sambil membuat riak wajah 'seriously?.'
" Rayyan, you tak ada adik. Kalau you nak tipu I pun, gunakan alasan yang logic sikit."
Dato Sri Ismail hanya memandang Rayyan hambar. Rayyan sudah menggaru belakang kepala, kantoi.
" Dah, jom. Semua orang dah tunggu."
Tanpa mahu membuang masa lagi, Dato Sri Ismail segera mengetuai pergerakan mereka ke bilik mesyuarat. Satu jabatan mereka ada lebih 100 orang. Mesti penat untuk dia urus seorang diri. Nasib baik ada director yang lain boleh bantu.
Sebab tu lah dia ada ramai orang kanan yang boleh uruskan hari festival itu. Dia nak join?. Buang masa je lah. Kalau bukan disebabkan arahan daripada pihak atasan, dia sudah duduk di pejabat saja.
" I—I mean.. adik angkat I."
Rayyan memandang belakang Dato Sri Ismail yang sudah berjalan ke hadapan, masih mahu bosnya mempercayai kata katanya.
" Dah lah, jom."
Harith berjalan mendahului Rayyan yang masih terpinga pinga. Tanpa mahu ditinggalkan, Rayyan segera mengejar langkah kawannya.
Sesampai hampir mereka dengan bilik mesyuarat, suasana mula menjadi bising. Lebih bising daripada suasana pejabat.
" Okay guys, calm down!."
Masuk saja Dato Sri Ismail ke dalam bilik mesyuarat tadi, para pekerja bawahannya mula senyap. Harith dan Rayyan mengambil tempat di kerusi kosong.
" Sebelum kita teruskan dengan apa yang kita perlu buat, saya perkenalkan dengan pekerja baru kita. Silakan perkenalkan diri."
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...