"Hati hati, okay."
Nayla memimpin tangan Harith, membantu suaminya berjalan menuju ke dalam rumah. Harith yang baru keluar daripada hospital itu masih belum sembuh sepenuhnya.
Harith terpaksa berpaut pada Nayla sepenuhnya kerana sakit di pinggangnya mencucuk.
Nayla menekan butang lif dan sampai ke aras 2. Tubuh Harith diletakkan dibawa ke arah katil sesampai mereka di bilik.
"I pergi ambil ais sekejap. You tunggu sini, jangan bergerak selagi I tak sampai."
Nayla mencapai tempat beg ais untuk diletakkan pada perut Harith. Itu saja cara penyelesaiannya.
"Wait."
Harith memanggil Nayla dalam nada kesakitan. Nayla kembali menoleh ke belakang.
"Jangan lama sangat."
Harith memberikan reaksi merayu. Nayla sudah tersenyum dan segera mengangguk kepalanya.
Dia tak tahu yang Harith boleh jadi budak budak bila dia sakit. Memang betul apa yang Raima cakap dengan dia 2 hari lepas. Harith ni childish.
Tak sampai beberapa minit, Nayla kembali bersama beg ais yang sudah diisi dengan ais. Harith pula masih berbaring tak bergerak.
Baju Harith disingkap ke atas sebelum dia perlahan lahan meletakkan beg ais tadi di atas kesan lebam di pinggang Harith.
Harith hanya mampu mengerang perlahan, menahan kesakitan. Terus berkerut seribu keningnya.
"It's okay... sikit je ni."
Nayla mengusap perut Harith lembut, cuba menenangkan Harith.
Daripada malam Harith kemalangan, sampai lah sekarang Nayla tak pulang ke rumah. Dia tetap ada di hospital bersama Harith. Hawa saja yang ulang alik menghantar pakaian dan makanan untuk Nayla.
Sedang Nayla menuam perut Harith, kedengaran deringan daripada telefon Harith. Nayla mencapai telefon Harith dan melihat siapa yang telefon.
Nayla terdiam seketika. Harith masih menunggu Nayla memberikan telefonnya.
"Siapa call?."
Tanpa menjawab soalan Harith, telefonnya tadi diserahkan pada Harith. Melihat siapa yang telefon, Harith menoleh ke arah Nayla.
"Angkat je lah. Dia mesti nak tahu keadaan you macam mana. I keluar dulu—."
"Wait."
Nayla menghentikan pergerakannya dan kembali memandang Harith. Harith segera mematikan panggilan.
"Tak akan lah you nak tinggalkan I?. I sakit ni."
Harith mula merengek seperti kanak kanak baru lahir. Dia mencampak telefonnya ke sebelah sebelum meletakkan kepalanya di atas bantal semula.
Senyumannya mula melebar. Nayla kembali duduk di sebelah Harith dan meneruskan tugasnya tadi.
"Sejak bila you work out?."
Soal Nayla perlahan. Tangannya mula bermain dengan abdomen Harith yang sedikit berotot. Nayla tersenyum kecil kerana dia suka sentuhan fizikal dengan Harith.
"Sejak waktu I bujang dulu tapi sekarang I just fokus jogging je. Why?. You like it?."
Harith yang sedang memejamkan matanya itu hanya tersenyum sumbing.
"No, I like this more..."
Tangan Nayla mula melorot menyelinap masuk ke dalam seluar Harith tapi sempat ditangkap tangan Harith. Lelaki itu sudah tersengih tak percaya.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...