NAYLA 28: You Too Desperate

90 8 0
                                    

Harith tersedar daripada lenanya yang terasa panjang. Tubuhnya diregangkan sedikit sebelum dia terduduk apabila dia menyedari cahaya matahari sudah terpacak tinggi di sebalik langsir.

Jam sudah menunjukkan 9 pagi. Harith tersedar yang dia sudah terlambat untuk ke tempat kerja.

Belum sempat dia menuruni katil, dia terasa ada sesuatu yang menyengat di dadanya sebelum dia mendapati dadanya dipenuhi dengan kesan lebam.

Harith terdiam sebelum dia menarik selimut dan segera bergegas ke hadapan cermin.

Terus terbeliak matanya memerhatikan segala kesan merah di seluruh tubuhnya terutama di bahagiaan leher dan dadanya. Harith terkaku di situ. 

Dia tak sangka Nayla seganas ini. Tubuhnya yang cerah membuatkan kesan gigitan itu kelihatan lebih jelas.

"Macam mana aku nak pergi kerja ni?..."

Harith mengeluh panjang sebelum terduduk di birai katil. Dia mula rasa bersalah dengan Nayla kerana kejadian malam tadi. Dia tak sangka Nayla boleh tahu tentang Alissa satu tempat kerja dengannya.

Telefon di atas meja sisi dicapai. Terdapat beberapa panggilan terlepas daripada Rayyan dan Alissa.

Harith sempat mengeluh kecil sebelum dia mencampak telefonnya ke belakang dan kembali berbaring. Matanya hanya kaku merenung siling bilik.

Apabila dia mengingati kejadian malam tadi, terus tertawa dia. Sinis. Di saat itu, dia tahu Nayla buka waita yang biasa. She's wild.

Tapi apa apa pun, Nayla sedikit menakutkan malam tadi. Nayla seakan mengawalnya semalam. Dia tak mampu berbuat apa apa sampaikan dia tak boleh nak bernafas dengan betul.

Selepas habis berfikir, Harith bangkit dan terus membersihkan dirinya. Selalunya Nayla akan kejut dia awal pagi tapi dia betul betul terlajak.

Nak tak nak, dia terpaksa pergi ke pejabat walaupun sudah hampir pukul 10. Dia tak mahu Dato Sri Ismail marah tak tentu pasal.

"Harith?. You okay tak?."

Turun saja ke tingkat bawah, Hawa menyapa Harith yang baru saja kelihatan. Tan Sri Hafzan juga turut ada di ruang tamu, sedang menikmati minumannya.

"I okay je. Kenapa mommy tanya?."

Soal Harith sedikit kebingungan. Dia nampak seperti tak sihat ke?. Hawa hanya tersenyum kecil.

"Tak ada lah. Nayla cakap you demam sampai tak boleh pergi kerja. I ingat nak hantar sarapan dekat bilik you je kalau demam you teruk sangat."

Hawa sudah siapkan sarapan untuk dibawa ke bilik Harith. Nayla pula seperti tiada mood pagi tadi. Dia juga hairan. Mereka berdua bergaduh ke?.

"Eh tak apalah. I okay je, tak teruk pun 'demam' ni. I dah nak pergi kerja ni, I pergi dulu."

Harith mencapai dan menguncup tangan Hawa sebelum dia berlalu mendapatkan Tan Sri Hafzan. Bapa mertuanya itu pula hanya duduk tenang di sofa.

"Daddy."

Harith menegur Tan Sri Hafzan sebelum mereka bersalaman.

"Ouh Harith. You nak pergi kerja ke?. Dah kebah demamnya?."

Buku yang dibacanya itu ditutup sebelum dia memandang tepat ke arah Harith yang masih berdiri di situ.

"I okay je, daddy. Lagipun banyak kerja dekat office tu, takut tak tersiap nanti."

Harith hanya tersenyum kecil. Dia tak sangka pula yang Nayla beri alasan untuk dia. 

Tapi kenapa Nayla tak kejutkan dia malam tadi?. Dia marah?. Semestinya. Apa yang dia fikirkan kalau Nayla dapat tahu yang dia keluar makan malam dengan Alissa?. 

NAYLAWhere stories live. Discover now