Harith menghempas perlahan pintu kereta sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Tan Sri Hafzan itu. Sejak dia sudah berkahwin, dia dan Nayla buat keputusan untuk tinggal dengan keluarga Nayla.
Kakinya dibawa melangkah menuju ke tangga untuk naik ke bilik. Seharian dia di pejabat, jadi dia sedikit kepenatan.
"Harith, you dah balik?."
Nayla menghampiri Harith dengan senyuman lebar. Dia terlampau teruja untuk menunggu kepulangan suaminya sehingga dia tak sedar yang dia sudah memeluk tubuh Harith.
"I penat, I nak mandi."
Balas Harith endah tak endah sambil cuba meleraikan pelukan Nayla. Dia masih tak selesa dengan jarak mereka yang tiada jurang ini. Walaupun mereka sudah halal, tapi dia masih tak boleh biasakan diri.
"But I dah buat dinner untuk you?. Lepas you mandi, teman I dinner?."
Balas Nayla dengan nada sedikit kecewa. Dia sudah bertukus lumus di dapur tadi walaupun itu kali pertama dia sentuh periuk.
"Dinner? Mommy daddy mana?."
Apabila Nayla sebut tentang makan malam, baru Harith perasan yang kelibat ibu bapa mertuanya tiada di rumah.
"Mommy dengan daddy keluar, jumpa kawan. Jom lah, penat tau I masak untuk you."
Pujuk Nayla, segera memeluk lengan Harith dengan dengan mencebikkan bibirnya. Dia cuma mahu merapatkan hubungan mereka saja, salah ke?.
"I dah makan tadi dekat luar dengan Rayyan, kawan I."
Memang betul Harith sudah makan malam tapi bukan dengan Rayyan, sebaliknya dengan Alissa. Sejak wanita itu bekerja di jabatannya, hubungan mereka semakin erat. Asal keluar, mesti berdua saja.
Nayla terdiam lama. Dia tahu Harith cuba mengelak daripadanya.
"Tak apa lah kalau macam tu, you rest lah. Nampaknya, terpaksa lah I makan pasta tu all... alone. It's okay... I dah biasa makan sorang sorang."
Nayla menggunakan kad kuasa terakhirnya dengan menggunakan simpati. Nayla tertunduk, membuat wajah kasihan. Harith sudah terdiam seketika. Dia akhirnya mengeluh panjang
"Fine... I mandi sekejap."
"Okay!."
Terus terangkat kepala Nayla, menguntum sengihan teruja ke arah Harith sebelum lelaki itu mendaki tangga naik ke bilik. Selepas kelibat Harith hilang, Nayla bersorak di situ.
Dia tahu saja buat lelaki itu setuju dengan permintaannya.
Selepas Harith siap mandi dan menukar pakaian, dia terus turun ke ruang makan. Kelihatan Nayla yang sedang berswafoto dengan hidangan di atas meja tadi. Kelihatan dia begitu bangga dengan bakat sendiri.
Terus tertoleh kepala Nayla apabila hidungnya menghidu bau aroma maskulin yang kuat memenuhi ruang itu. Dia yakin itu bau haruman Harith.
Lelaki itu hanya diam tak bersuara sebelum dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Nayla. Wajahnya kelihatan sedikit penat.
"Okay. I nak you try dulu, sedap tak."
Nayla mempelawa Harith untuk rasa dahulu pasta yang dia buat. Semuanya dia buat sendiri dari langkah pertama sampai langkah terakhir!.
Harith tanpa bersuara, dia mencapai garfu di tepi pinggan tadi dan mencuba pasta tadi. Dia terdiam sebelum memandang wajah Nayla lama.
"How?. Sedap tak?."
Nayla sudah menggenggam kedua belah tangannya, mengharapkan pujian daripada Harith. Tolong kata sedap!.
"Hm, sedap."
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...