"Aku ada benda nak bagi tahu kau."
Dominic mula serius. Dia tahu dia tak boleh tangguhkan lagi hal ni. Dia terlalu ambil mudah tentang lelaki tu tapi sudah sampai masa untuk dia beritahu hal sebenar.
Harith hanya diam memeluk tubuh, memandang Dominic dengan kerutan di dahinya. Apa maksud Dominic?.
"You right, man. Mamat tu memang ada nama samaran. People call him Joe, and when I try to track him down, found out he's selling drugs at my place. Dan kau tak akan percaya bila aku cakap yang Marissa bekerja untuk mamat tu."
Semakin berkerut dahi Harith, cuba memproses kata kata Dominic tadi. Apa yang dia cuba sampaikan?.
"Jadi kau rasa dia orang berdua berkomplot nak kidnap Nayla?."
"Itu yang aku boleh fikirkan buat masa sekarang. He is a pimp, bro. Ada ramai perempuan dekat luar sana yang jadi mangsa dia termasuk lah pekerja aku. For fuck sake, aku tak pernah tahu mamat ni buat kerja dekat tempat aku."
Dominic mula beremosi.
Alan di luar jangkaan dia. Dia tahu Marissa jual dadah di tempat dia tapi dia biarkan saja demi keluarga Nayla. Kalau lah dia siasat siapa Alan daripada dulu lagi, semua ni tak akan jadi.
Dia rasa seperti lelaki tu sedang mempermainkan dia. Dia ingat dia berurusan dengan siapa?. Ni Dominic János (Yanosh) lah.
Harith mengeluh panjang kerana dia masih tak tahu di mana Nayla pergi. Dia takut jika ada sesuatu yang berlaku pada Nayla. Dia tak akan mampu maafkan diri dia.
"But it's okay, aku dah suruh budak aku follow dia. No way dia boleh terlepas kali ni."
Dominic pasti kali ni Alan tak akan dapat Nayla. Dia akan pastikan Alan tahu siapa yang bijak dan siapa yang bodoh.
***
"Astagfiruallah Al Azim..."Tan Sri Hafzan terdiam sambil meraup wajahnya tak percaya setelah Harith beritahu mereka semua hal yang sebenar tentang Nayla.
Hawa sudah menekup mulutnya, turut tak percaya. Jadinya ni, Marissa punya kerja?. Apa yang dia sudah buat... Apa salah Nayla sampai Marissa buat dia begini?
Raima dan Zul yang turut ada di rumah Tan Sri Hafzan hanya mampu berpandangan antara satu sama lain dengan reaksi terkejut. Dia tak sangka Marissa berperangai begitu.
Dia tahu Nayla ada adik tapi dia tak pernah jumpa Marissa. Waktu perkahwinan Nayla pun, dia tak nampak Marissa.
"Kesian Nayla, bang."
Raima berbisik perlahan ke arah Zul. Dia tak tahu Nayla pernah hampir diperkosa. Mesti Nayla ketakutan sekarang ni.
Zul hanya mengusap bahu Raima. Kalau lah dia dapat lelaki tu, sudah lama dia tumbuk muka lelaki tu. Dasar pengecut.
"I call Marissa sekejap."
Hawa yang tak boleh duduk diam itu segera bangkit dan menuju ke biliknya untuk telefon Marissa.
"Harith sabar, okay?."
Zul memegang bahu Harith, cuba memberikan anak tunggalnya itu semangat untuk kekal tenang.
"Kalau lah Harith berkeras nak hantar dia pagi tadi, mesti hal ni tak jadi."
Harith cuba untuk salahkan dirinya. Dia tak mengerti. Kenapa baru sekarang Alan nak cari Nayla?. Dia dah rancang ke semua ni?.
Hawa menghampiri ruang tamu dalam keadaan kerisauan. Semua ahli keluarganya berkumpul di situ mengalihkan pandangan ke arah Hawa.
"I try call Marissa, dia tak angkat."

YOU ARE READING
NAYLA
RomansaSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...