Nayla tiba ke rumah sedikit lewat kerana dia ada urusan dengan tetamu VVIP. Nasib baik lah Iris dan Iffa ada sekali, boleh tolong dia apa yang patut. Kalau tak, mesti lambat lagi dia balik.
Pintu kereta dihempas bersama keluhan penat sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Daripada depan pintu lagi Nayla sudah mendengar suara gelak tawa orang, buat Nayla tertanya tanya.
Nayla menghampiri ruang tamu. Kelihatan ibu bapanya yang sedang duduk di sofa bersama Harith dan mereka sepertinya sedang duduk berbual
"Hey guys?."
Tegur Nayla ke arah mereka bertiga sebelum mata mata tertoleh ke arahnya. Harith tersenyum melihat Nayla sudah tiba ke rumah.
"You baru balik?."
Soal Harith bersama senyumannya. Nayla segera menganggukkan kepalanya sebelum dia duduk di sebelah suaminya.
"You guys buat apa?."
Nayla sedikit kebingungan kerana ibu bapanya hanya tersenyum daripada tadi. Mata Nayla tertumpu ke arah sebuah buku album gambar dan tahu lah dia yang mereka sedang mengimbau gambar gambar lama.
"Nothing, just tunjuk dekat Harith gambar gambar lama you dengan Marissa."
Tan Sri Hafzan tersenyum melihat gambar anak anaknya semasa kecil. Waktu ini lah mereka ada memori yang indah. Dia suka melihat anak anaknya membesar di hadapannya.
"Oh god, I hate muka I waktu kecil."
Nayla berdegus kecil kerana dia rasa dia langsung tak comel macam kanak kanak lain. Rupa dia macam monyet!.
"Why you cakap macam tu?. You comel kot."
Hawa tertawa dan kembali memeriksa gambar Nayla.
Dia kembali tertawa apabila teringat semula sewaktu Nayla kecil. Budak tu tak suka bergambar. Mesti ada saja masalah yang dibuat. Menangis lah, tarik muka lah. Penat dia dan Tan Sri Hafzan pujuk.
Tapi kenangan itu lah yang mereka sentiasa rindukan. Hawa tersenyum melihat gambar Nayla dan Marissa yang sedang bermain bersama itu. Walaupun dia tersenyum, tapi matanya tak menipu bahawa dia sebenarnya terasa sedih.
Marissa dan Nayla tak seakrab dahulu. Mesti ada saja perkara yang buat mereka bergaduh. Dia dan Tan Sri Hafzan semestinya sudah penat dengan semua ini. Mereka semakin dimamah umur, hanya mahu Marissan dan Nayla berbaik semula.
"Sayang, you ingat lagi tak waktu Marissa baru lahir?. Nayla always panjat katil dia kan?."
Hawa tersengih memandang suaminya apabila teringat tentang memorinya. Tan Sri Hafzan tertawa sambil menganggukkan kepalanya.
"Mesti lah I ingat. I yang kena pujuk dia tidur bilik dia."
Tan Sri Hafzan memandang Nayla yang berpura pura tak dengar. Dia tak suka dengar semua itu. Kenapa lah dia buat semua tu?.
Harith yang mendengar turut tersenyum. Wajah Nayla di sebelahnya dipandang lama. Dia tahu hubungan Nayla dan Marissa tak baik tapi sebagai ahli keluarga, dia juga mahu lihat mereka berdua berbaik.
"I nak sangat tengok you guys berbaik—."
"We won't, and I tak nak bazirkan masa untuk baiki hubungan I dengan dia."
Luah Nayla yang sudah beriak serius itu. Hawa dan Tan Sri Hafzan sudah terdiam. Melihat betapa bencinya Nayla pada Marissa.
"Tapi dia adik you, Nayla."
Tan Sri Hafzan cuba memujuk Nayla. Bukannya susah pun, cuma cuba untuk memahami antara satu sama lain.
"I dah banyak kali cakap yang budak tu bukan adik I and sampai bila bila pun, dia bukan."
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...