NAYLA 54: All My Fault

97 7 0
                                    

Keluar saja daripada bangunan pejabatnya, telefon Nayla berbunyi. Nayla tersenyum, mengagak panggilan itu daripada Harith tapi ternyata, nombor yang tidak dikenali.

"Siapa pula ni?. Hello—."

"Harith ada dengan aku."

Terdiam Nayla dibuatnya apabila kedengaran suara Alissa disebalik panggilan tadi. Walaupun dia tak simpan nombor Alissa, tapi dia yakin itu suara Alissa.

"Apa maksud kau?."

Soal Nayla yang sudah mengerutkan keningnya. Dia tak mengerti apa yang Alissa cuba sampaikan.

Alissa tertawa sambil memandang Harith yang tertidur di mejanya. Hanya dia dan Harith saja di situ memandangkan dia menunggu saat untuk berdua dengan Harith.

"Dia terlalu cintakan aku, Nayla sampai tak sanggup nak tinggalkan aku. Kalau kau nak tahu lebih, kau tanya lah dia sendiri. Dia tengah tidur dekat office, aku kejut tak bangun."

Semakin sakit hati Nayla dibuatnya. Apa muslihat Alissa sebenarnya?. Permainan apa yang Alissa mahu main dengan dia ni?.

Tanpa membuang masanya, Nayla segera mematikan panggilan dan memandu keretanya menuju ke pejabat Harith. Dia tak kisah jika dia dapat masuk ataupun tidak, dia tetap akan jumpa Harith.

Sesampai di pejabat Harith, dia terus ke kaunter dan mendapatkan pas kebenaran untuk naik ke tingkat atas. Guna saja nama Dato Sri Ismail, dia terus dapat.

Sesampai di pejabat Harith, Nayla melilaukan pandangannya mencari kelibat Harith. Semakin jauh dia melangkah, kelihatan susuk tubuh Harith yang sedang lena tertidur di mejanya.

"Harith?."

Nayla mendapatkan Harith. Dia memegang bahu Harith tetapi lelaki itu tak bangun.

"Dia pernah beritahu kau yang dia janji untuk setia dengan aku?."

Terus terteleng kepala Nayla memandang Alissa yang berdiri memeluk tubuh itu. Kening Nayla berkerut.

"Apa kau dah buat dengan Harith?."

Soal Nayla bengang. Dia tahu Alissa ada buat sesuatu pada Harith sehingga lelakinya tak bangun.

"Sebelum dia kenal dengan kau, aku dengan dia hidup bahagia. Dia tak pernah pandang perempuan lain selain aku. Tapi lepas kau muncul, kau rampas kebahagiaan aku."

Alissa menghampiri Nayla dengan wajah menahan amarah. Hati perempuan mana yang tak sakit apabila kekasih sendiri dirampas perempuan lain?.

Nayla hanya diam mendengar rintihan hati Alissa.

"Dia janji dengan aku untuk tunggu aku. Dia akan ceraikan kau dan hidup dengan aku. Kau kejam, Nayla. Kau sepatutnya tahu perasaan aku sebab kau pun perempuan!."

Marah Alissa sebelum mengalir air matanya sayu. Harith tak layan dia seperti biasa dan hatinya sakit apabila Harith mula cintakan Nayla. Dia tak boleh terima kenyataan tu kerana dia tak layak dilayan sebegini.

Nayla mula rasa sebersalah. Apa yang Alissa cakap, betul. Dia sudah rosakkan hubungan orang lain kerana dia terlalu pentingkan diri dulu.

"Lepaskan Harith. Kalau kau rasa bersalah, bagi balik dia dekat aku."

Laju saja Nayla memandang wajah Alissa apabila permintaannya kedengaran mustahil bagi Nayla. Dia memang rasa bersalah tapi dia tak akan lepaskan Harith.

"Kau tak ada hak untuk suruh aku lepaskan Harith. Cerita kau dengan dia habis. Kau kena terima kenyataan tu—."

"Tapi dia tak cintakan kau!. Dia janji dengan aku, Nayla!. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia lebih bahagia dengan aku, bukan dengan kau."

NAYLAWhere stories live. Discover now