NAYLA 9: Raima, Harith's mom

106 4 0
                                    

" Harith?."

Raima mengetuk pintu bilik anaknya sebelum perlahan lahan membuka pintu. Kelihatan Harith yang sedang membaca buku. Terlalu fokus sampai tak dengar bunyi ketukan pintu.

" Mama? Sorry, Harith tak perasan."

Raima tersenyum sebelum dia menghampiri anaknya itu. Dia duduk di birai katil, di sebelah Harith. Bahu lelaki itu dipegang dan diusapnya lembut.

" Kenapa Harith tak tidur lagi?. Kan dah lewat ni?."

Dia tahu esok hari minggu tapi tak elok kalau tidur lambat. Esok senang lah dia bangun awal. Tak mengantuk, segar.

" Harith tak boleh tidur, mama. Rasa macam ada orang asyik sebut nama Harith je."

Ujar Harith dalam nada ketawa. Raima yang mendengar juga turut tertawa, ke situ pula.

" Ada ada je lah anak mama ni. Tahu tak kalau orang asyik sebut nama kita ni, sebab dia rindu kita. Maybe girlfriend Harith ke?."

Raima masih menggenggam tangan anaknya itu. Tiada siapa lagi yang boleh diajak berbual semesra ini selain Harith. Suami dia juga asyik sibuk memanjang dengan khursus dia. Hanya ada Harith sebagai peneman dia setiap hari.

" Harith, mama nak cakap sikit ni."

" Apa dia, mama?."

Harith meletakkan buku bacaannya di atas meja, cuba fokus dengan Raima yang perlukan perhatiannya. Sikit pun Harith tak pernah ke tepikan Raima.

Bagi Harith, Raima penting. Apa saja keputusan Raima, Harith ikut sebab dia menghargai Raima sebagai ibunya. Dia terlalu sayangkan Raima sebagai ibunya.

" Mama minta maaf kalau selama ni mama terlalu mendesak Harith untuk kahwin. Mama rasa macam mama terlalu membebankan Harith."

Tangan anaknya itu digenggam lembut. Dia tak mahu Harith terbeban dengan apa yang dia lakukan.

" Apa mama cakap ni?. Memang lah Harith tak suka tapi Harith faham mama nak yang terbaik untuk Harith. Lagipun Harith terfikirkan pasal ni. Memang patut pun Harith fikirkan masa depan Harith."

Dia rasa sudah tiba masa untuk dia berumah tangga cuma dia masih tunggu Alissa. Walaupun wanita itu sentiasa mencari alasan untuk mengelak, dia tetap tunggu dengan ikhlas. Dia sanggup tunggu.

" Harith dengar sini. Mama terlalu muda waktu mama lahirkan Harith. Mama lahirkan seorang anak yang terlalu kacak dan baik hati ni. Harith lah satu satunya harta yang mama ada. Mama cuma nak you bahagia."

Pipi Harith dipegang dan diusapnya dengan penuh kasih sayang. Insan yang dia curahkan segala kasih sayangnya daripada kecil sampailah lelaki itu sudah besar. Dia tak boleh bayangkan hidupnya tanpa Harith nanti.

Dia mahu semuanya sempurna untuk Harith. Dia obses dengan anak sendiri kerana Harith satu satunya anak yang dia kandungkan. 

" I know mama. Mama jangan risau, Harith akan bahagia atas permintaan mama. Harith pun sayang mama. Anything for you as long as you're happy. Are you happy now?."

" Of course, I'm happy!. I have you."

Ucap Raima teruja sebelum mereka ketawa bersama lantas mereka berpelukan. Raima tersenyum sambil mengusap belakang badan Harith. 

Dia berharap Harith akan bertemu dengan seseorang yang akan jaga dia seperti mana dia jaga Harith. Seorang wanita yang boleh sayang dan cintakan dia dengan ikhlas.

" Kawan Harith ada butik. Apa kata kalau esok, Harith bawa mama pergi sana?. Lagipun kita kan dah lama tak keluar sama sama?."

Harith tersengih lebar, tak sabar untuk ajak Raima keluar esok. 

NAYLAWhere stories live. Discover now