NAYLA 11: Cake

94 5 0
                                    

Iris mencapai telefonnya sebelum dia mengeluh kecil. Panggilan daripada Nayla membuatkan dia mengeluh kecil sebelum dijawab panggilan tadi.

" Hello Nayla, you dekat mana sekarang ni?."

Iris menolehkan kepalanya ke arah belakang, memandang Dominic yang sedang duduk bersilang kaki. Dia hanya merenung wajah Iris dengan senyuman, menunggu kehadiran bakal isterinya.

" Ouh Iris. I tak masuk office hari ni tau. I ambil cuti, jangan lupa bagitahu yang lain. And jangan kacau I. Bye."

Dengan senyuman, Nayla mematikan panggilan sebelum menolehkan kepalanya ke arah tempat sebelah. Terdapat sekotak kek yang dia sempat beli tadi untuk dibawa ke rumah Harith. 

Semestinya dia beli untuk Raima.

" Nayla? Hello?."

Iris sudah cuak sebelum dia menggenggam erat telefonnya dan diletakkan semula di atas meja. Habis lah dia kali ni. Kenapa mesti mamat ni datang sewaktu Nayla tak ada?!.

" Nayla... tak masuk office hari ni. Dia cuti. So... I rasa you dah boleh balik."

Jawab Iris dengan nada selamba walaupun dia sebenarnya rasa sedikit takut kerana dia sedang sebilik dengan penjenayah terbesar yang kejahatannya disembunyikan. Lebih tepat lagi, ditutup.

Dominic hanya tersenyum memandang Iris sebelum dia tertawa kecil. Sengihannya kelihatan begitu sinis kerana dia tahu, Nayla cuba mengelak daripadanya.

" I tak akan pergi selagi Nayla tak muncul depan I."

Dominic cuba menghampiri Iris tetapi wanita itu segera beranjak menuju ke pintu. Dia sentiasa berhati hati dengan lelaki seperti Dominic. Lelaki itu banyak muslihatnya.

" Oh Iris... You takut dengan I ke?."

Dominic yang berdiri di situ masih cuba untuk menggoyahkan pendirian Iris. Wanita itu masih cuba kekal yakin di hadapan Dominic, tak mahu lelaki itu ambil kesempatan. 

Dia tahu Iris orang kanan Nayla. Semua maklumat Nayla ada di tangannya. Malah, kata laluan akaun bank Nayla juga di dalam jagaan Iris. Jadi, dia tak mahu jadi lemah di hadapan sesiapa yang cuba jatuhkan Nayla.

" Kita tak ada sebarang temu janji, Mr. Dominic. So I hope you can leave now."

Balas Iris tanpa memandang wajah Dominic. Dia tak mahu pandang wajah Dominic kerana mengingatkan dia pada peristiwa lama. Dia tak mahu ingat lagi.

Melihat air muka Iris yang seakan cuba menutup reaksi cuaknya, membuatkan Dominic tersenyum suka. Dia tak suka guna kelemahan wanita untuk buka mulut tapi demi Nayla, dia terpaksa.

" I know who you are, Lee Iris. I mean... the past."

Terus bergetar getar mata Iris saat memahami apa yang cuba disampaikan Dominic. Lelaki itu memeluk tubuh, memandang Iris yang sudah mula rasa sangsi dengan dirinya. 

Dominic melangkah menghampiri Iris sebelum berdiri menghadap pintu kaca itu sambil tersenyum. Dia sedang memerhatikan pekerja Nayla yang sedang sibuk dengan kerja mereka.

" Cuba you bayangkan, kawan kawan you dekat luar tu tahu siapa you yang sebenarnya. You agak agak, apa pandangan dia orang dekat you lepas ni?."

Dia tak tahu siapa Iris tapi dia kenal seseorang yang begitu rapat dengan Iris suatu masa dulu.

Dominic menolehkan kepalanya ke arah Iris yang cuba menahan amarah. Dia sudah menggenggam buku lima, tunggu masa saja. Tapi dia masih bersabar.

" So, I harap you boleh bekerjasama dengan I kalau you tak nak orang lain tahu tentang you termasuk Nayla."

NAYLAWhere stories live. Discover now