" Ja-jadinya, ini lah anak you tu?."
Soal Raima terkejut. Dia tersenyum paksa bagi menutup wajah tidak selesanya itu. Dia tak percaya dengan apa yang dia nampak di hadapannya sekarang ini.
Di fikirannya sewaktu Datin Exora beritahu yang anaknya sambung belajar di Jerman adalah seorang wanita yang normal tapi apa yang dia saksikan sekarang merupakan sebaliknya
Rambut yang berwarna hijau terang, solekan yang terlalu menyeramkan dan kenapa dengan rantai yang seakan rantai anjing tu?.
Ini lah mimpi ngeri Raima selama ini dalam mencari jodoh untuk anaknya.
" Hah, ini lah anak I, Irdhina. baby, ini kawan mommy, aunty Raima."
" Hi, Aunty."
Dengan nada selamba, wanita itu menegur Raima di hadapannya. Datin Exora terdiam sebelum dia memandang Raima terkejut yang juga sedikit terkejut dengan cara Irdhina menegurnya.
" I'm so sorry, anak I ni memang macam ni. By the way, you tak bawa sekali ke anak you tu?. Harith kan nama dia?."
Soal Datin Exora teruja. Daripada tanggapan pertama dia, Raima boleh kata yang dia tak berapa senang dengan wanita muda itu. Dia tak sedap hati nak bawa Harith datang sini.
" Ouh, Harith. Dia... busy sekarang ni. I ingatkan nak jumpa dulu dengan anak you. Kalau I okay, baru lah I suruh dia jumpa Irdhina sendiri."
Jelas Raima dengan nada paksa rela. Dia tak mahu lukakan hati rakannya tapi dia rasa, masih ramai lagi wanita di luar sana yang sesuai dengan Harith.
" So... you okay ke dengan anak I ni?."
Datin Exora memegang bahu anaknya sambil memandang Raima berharap. Dia tak kisah dengan siapa anaknya akan berkenalan tapi dia tahu siapa Harith.
Lelaki muda itu bekerjaya dan mampu menjamin masa hadapan Irdhina. Dia percaya Irdhina akan bahagia dengan lelaki seperti Harith. Sebab tu lah dia desak anaknya datang sini.
Raima terdiam seketika sebelum dia tertawa kecil. Matanya masih merenung wajah Irdhina. Penampilan wanita itu yang serba hitam, dengan tindik sana sini.
Pelik bagi wanita di abadnya.
" Yeah, sure. Tapi I kena bagitahu anak I dulu. I-."
Belum sempat Raima menyambung, telefonnya berbunyi sebelum dia segera mengangkat panggilan daripada Harith itu. Good timing!.
" Ya datin?."
Jawab Raima dengan nada lega.
" Datin?. Mama, ni Harith lah."
Harith tertawa kecil saat mendengar suara cemas mamanya. Dia sedang bersiap untuk bertemu dengan calon yang Raima beriya sangat mahu dia jumpa. Nak sedapkan hati mamanya saja, sebab tu dia ikut.
" Dekat Spa?. Ya Datin, saya datang sekarang. Kita jumpa dekat sana je datin. Okay bye."
Raima segera mematikan panggilan sebelum dia tersenyum ke arah Datin Exora.
" I'm so sorry, Exora. I terlupa yang I kena jumpa kawan I dekat Spa. Pasal ni, you jangan risau. I akan suruh Harith jumpa Irdhina ya?."
" Oh tak apa tak apa. I harap anak you berminat lah dengan anak I ni."
" Eh mestilah!. Anak you cantik, of course dia suka. Okay lah, I pergi dulu. Bye."
Raima yang terpaksa berpura pura itu hanya tersenyum lebar sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Datin Exora dan anaknya itu.
" Dia tak suka I, mommy."
Jawab Irdhina dengan nada bersahaja. Dia tak bodoh untuk tangkap air muka wanita itu. Dia nampak yang Raima tak selesa dengan penampilannya.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...