NAYLA 25: Birthday Party

92 6 0
                                    

"Nayla, cepat lah. You're gonna be late!."

Teriak Hawa yang sudah menunggu Nayla sejak tadi tapi kelibat Nayla langsung tak kelihatan. Dia sudah siap berhias untuk majlis sambutan hari lahir Nayla yang ke 31. 

Yup, Nayla sudah tua. Dia sudah lama sangat membujang sehingga kawan kawannya yang lain sudah beranak pinak tapi dia, masih lagi berpegang pada hubungan yang tak kukuh.

Nayla yang sedang berdiri di hadapan cermin besar itu memasang anting-anting di cuping telinganya. Dia tersenyum apabila melihat penampilannya hari itu.

Nayla hanya bergaun merah gelap. Rambut pajangnya itu dibiar lepas kerana dia lebih suka melihat rambutnya jatuh beralun.

Telefon di atas meja dicapai.

Kosong, tiada mesej ataupun panggilan daripada Harith. Sejak petang tadi dia tunggu Harith tapi lelaki tu tak muncul muncul sampai sekarang. Kalau dia telefon, takut ganggu Harith pula.

"It's okay, Nayla. It's okay..."

Nayla tersenyum memandang wajahnya yang dipantulkan cermin besar itu. Dia tak akan kecewa... Dia sudah agak perkara ini akan berlaku. Dia tak kisa, yang penting Harith masih miliknya.

Selepas melihat penampilannya buat kali terakhir, Nayla terus menuruni anak tangga untuk mendapatkan Hawa. Tan Sri Hafzan pula sudah gerak awal kerana nak uruskan tetamu VVIP.

Birthday girl je yang selalu lambat.

Sesampai di dewan, Nayla dan Hawa disambut rakan rakan Nayla yang lain. Hawa pula terus ke kelompok tetamu VVIP untuk bersama Tan Sri Hafzan. 

"Happy birthday, babe!."

Kelihatan Iris menghampiri Nayla dengan tangan yang didepan. Mereka bersorak gembira sebelum berpelukan seketika.

"Thanks so much. You banyak sangat bantu I selama ni."

Nayla memandang wajah Iris yang selama ini banyak membantunya menguruskan syarikat dan termasuk lah majlis ni.

"You welcome. I akan buat apa apa saja untuk boss I ni. Kalau bukan boss I ni, I maybe tak akan ada dekat sini."

Iris tertawa kecil. Dia sedar kalau tanpa Nayla, dia tak akan jadi manusia sekarang ni. Mesti dia masih terperangkap dengan dunia gelapnya.

"Auw... you're so sweet..."

Mereka berpelukan semula, kini lebih lama. Nayla akan sentiasa menghargai jasa Iris padanya. Mereka berpimpin tangan menuju ke arah rakan rakan mereka yag lain.

"Happy birthday, Nayla!."

Kedengaran suara sorakan tetamu tetamu yang hadir di majlis itu sebelum kedengaran bunyi letupan popper. Suasana di dalam dewan hotel itu begitu meriah dengan suara manusia dan muzik birthday.

Nayla seperti biasa, akan tertawa besar sambil dilayan seperti permaisuri malam itu. Kenapa dia suka sambut hari lahirnya?. Kerana waktu ini lah dia dapat ketawa dan hilangkan stress kerjanya. Hanya sekali setahun dia dapat jumpa kawan kawan lamanya.

"Macam mana dengan kehidupan you sekarang?. I dengar you baru kahwin?."

Soal Julia, rakan sekelas Nayla ketika di sekolah menengah dulu. Setahu dia, Nayla tak pernah pandang mana mana lelaki. 

Semua surat cinta dia buang begitu saja. Semua hadiah yang diterima oleh Nayla daripada peminat peminat lelaki ketika sekolah dulu dicampak ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah.

Nayla lah satu satunya wanita yang berhati batu di sekolah dulu. Sehingga buat semua orang fikir yang Nayla tak suka lelaki.

Dan bila mereka dengar berita yang Nayla sudah kahwin, terus heart shock mereka semua. Terus tertanya tanya mereka semua siapa jejaka yang dapat membuka hati sekeras batu milik Nayla itu?.

NAYLAWhere stories live. Discover now