" Daddy."
Nayla menegur Tan Sri Hafzan yang sedang duduk tenang di Gazebo. Lelaki itu memang sukakan ketenangan, sebab tu lah dia selalu duduk di sini.
" Daddy sorang je?. Mana Hawa?."
Nayla pula sudah membuat keputusan untuk tinggal di sini untuk beberapa hari. Dia dalam misinya untuk memujuk Tan Sri Hafzan supaya tidak berharap yang Dominic akan jadi menantunya.
" Not Hawa, Mommy."
Tegur Tan Sri Hafzan, memandang Nayla dengan hujung matanya. Nayla pula sudah menjuihkan bibirnya, geli nak panggil perempuan tu mommy. Hanya arwah Puan Sri Hana saja yang layak dia panggil mommy.
Walaupun dia tidak berapa lama kenal Puan Sri Hana, tapi dia dapat rasa kasih sayang yang terjalin antara mereka begitu erat. Dia dapat rasa yang dia begitu disayangi oleh ibunya.
Ibunya meninggal dunia ketika dia baru saja berusia beberapa bulan. Hanya kerana beberapa sel kanser, ibunya diragut nyawa. Dia benci kanser. Semua orang yang hidap penyakit itu, jarang sekali diberi peluang untuk hidup.
" Pelik lah nak panggil dia mommy."
Dan siapa sangka, Tan Sri Hafzan buat keputusan untuk mengahwini Hawa atas alasan untuk jaga dia yang masih kecil itu. Dan selang beberapa tahun kemudian, lahir pula Marissa, wanita pembawa masalah itu.
"Apa yang peliknya?. Waktu you kecil, dia yang jaga you waktu daddy tak ada. Dia yang tidurkan you, buaikan you. Sama macam arwah mommy buat."
"Ya je. Mana tahu dia ada cubaan nak bunuh Nayla masa tu?. Tapi dia ingat dosa, dia buat nanti?."
Jawapan selamba Nayla membuatkan Tan Sri Hafzan mengeluh panjang. Sebab tu lah dia kata Nayla ni tak matang lagi. Penat juga nak layan perangai pelik Nayla ni. Perangai siapa lah yang dia ikut.
" Rumah ni ada CCTV, Nayla. Daddy tengok setiap jam. Dia jaga you macam anak kandung dia sendiri. Dia belai you. Kenapa susah sangat you nak terima dia?."
Soal Tan Sri Hafzan. Sudah lebih puluhan tahun Hawa menjadi ibu kepada Nayla. Bukan setahun dua. Tapi Nayla masih layan Hawa macam orang asing dalam rumah ni.
" Dia selalu lebihkan anak dia tu. Salah anak dia, Nayla juga yang dia salahkan. Semua benda I kena mengalah dengan Marissa. I benci tahu tak?."
Nayla masih ingat dengan jelas sewaktu dia remaja, Hawa selalu marah dia kerana dia kerap bergaduh dengan Marissa.
Apa yang dia nak, perempuan tu sibuk nak juga. Dia nak basikal, perempuan tu pun nak. Dia nak anak patung pun dia nak juga!.
"Itu kan hal lama?. Sekarang you dah besar, dah ada duit sendiri. Boleh beli semua guna duit sendiri. Listen here, Nayla. Daddy sayang you dengan Marissa sama je. Daddy bagi semua orang sama rata. Tak ada kurang, tak ada lebih."
" Daddy marah you kalau you buat salah. Daddy marah Marissa juga kalau dia buat salah. Sometimes, daddy pertahankan you kalau daddy rasa you betul. Daddy pertahankan Marissa juga kalau daddy rasa dia betul."
Tan Sri Hafzan memegang bahu Nayla, mahu anaknya itu mengerti. Sekuat mana pun dia mengongkong, dia masih fikirkan juga perasaan anak anaknya itu. Tak semua keputusannya betul.
" I know, tapi—."
" Belajar bagi orang peluang. Kalau daddy boleh bagi you peluang untuk kejar impian you, why not you bagi Hawa dengan Marissa peluang?."
Nayla terpaksa akur dengan kata kata Tan Sri Hafzan. Ada betulnya kata Tan Sri Hafzan itu. Dia cuma tak suka dengan cara Hawa dan Marissa. Mereka begitu menjengkelkan.
YOU ARE READING
NAYLA
רומנטיקהSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...