NAYLA 6: First mission

111 7 0
                                    

" Iris!."

" Oh god!."

Terus terhinjut bahu Iris saat Nayla datang menyerbu biliknya tiba tiba. Nayla tertawa saat melihat wajah terkejut Iris tadi. Kalau dapat tangkap gambar tadi, boleh gantung gambar tu dekat lobi.

" Sorry. I tak berniat pun nak buat you terkejut macam beruk tadi."

Nayla menghampiri Iris dengan senyuman mengejeknya. Iris sudah menjulingkan matanya ke atas, meluat dengan ejekan Nayla.

" You nak apa datang sini?."

Soal Iris yang hanya fokus pada skrin iMac di hadapannya sambil jari jemarinya lincah menaip.

Selepas majlis pelancaran semalam, dapat lah Iris dan kru yang lain berehat sekejap selepas dia terpaksa fokus dengan jualan pula. Dan dia pelik kerana Nayla masih boleh selamba tak buat apa apa.

" Wait, before you jawab soalan I, you tak prepare apa apa ke untuk jualan kita?. I tak nak you pecah kepala pula nanti."

Nayla segera menjeling Iris yang sedang mengejeknya itu. Dia berdecit kecil sebelum duduk bersandar dengan kaki bersilang.

" I ni boss lah, I ada super power yang you guys tak ada. Setakat preparation, hujung jari I je lah."

Ujar Nayla dengan nada suara bangga diri. Sebelum majlis pelancaran lagi, dia sudah sediakan semua strategi yang berkemungkinan dan berkebolehan. Dia sentiasa berfikiran jauh dan terbuka.

" Oh wow. Bagus lah kalau macam tu, boss. So you nak apa datang sini?."

Nayla tersenyum kecil sebelum dia merapatkan sedikit tubuhnya dengan Iris.

" I nak you cari maklumat keluarga Harith, terutamanya parents dia. I want to know who his parents are, where they live, and what they do for a living. Everything. Jangan ada satu pun tertinggal."

Jelas Nayla dengan yakin. 

" What?! You dah gila ke Nayla?"

Iris menoleh ke arah Nayla dengan riak wajah terkejut. Wanita itu hanya tersenyum sambil mengangguk kepala, yakin dengan keputusannya.

" Yes, of course. You pernah nampak I tipu you ke selama ni?."

Nayla mula serius, tiada tanda gurauan di wajahnya. 

" You tahu tak, kalau Harith tahu yang you stalk dia, I tak rasa dia akan berdiam diri."

Iris menggeleng kepala, masih tak percaya dengan keberanian Nayla untuk mengintai kehiudpaan peribadi Harith.

" I tak suruh you stalk dia, I suruh you stalk parents dia. Tapi tak apalah. Kalau you tak nak tolong I, I minta tolong orang lain je lah."

Nayla sengaja menguji Iris.

" Ok fine. You memang sengaja kan?."

Iris membesarkan matanya, terpaksa mengalah dengan Nayla. Dengan senyuman, Nayla menarik kerusi dan duduk di sebelah Iris.

Minit berganti jam, akhirnya Iris berjaya dapat tahu maklumat keluarga Harith selepas dia stalk satu persatu media sosial keluarga Harith. Malangnya, hanya nama saja yang dia tahu. Tiada gambar.

" Raima? Why does this name sound familiar?"

Nayla mengecilkan matanya saat memproses nama itu di fikirannya. Dia seperti pernah dengar nama itu di sesuatu tempat tapi dia tak ingat. Di mana ya?.

" So, puas hati you sekarang?. Kalau dah, sila keluar ya. I busy ni."

Ujar Iris dengan lagak biasa. Disebabkan Nayla punya pasal, terpaksa lah Iris habiskan masanya berjam jam untuk tahu hal keluarga Harith. 

NAYLAWhere stories live. Discover now