🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟕

7.6K 294 22
                                    

⋆⋆⋆⋆

        "Abang bangun. Solat subuh. Dah pukul enam lebih dah.." kejut Dareen menggoyangkan tubuh suaminya yang tidur tidak berbaju itu.

"Erm... Sayang dah ambil air wuduk ke?" soal Asyraf dalam keadaan mamai.

"Belum, kejap Dareen ambil dulu eh." balas Dareen. Asyraf mengangguk perlahan lalu menyambung tidurnya. Setelah beberapa minit mengambir air wuduk. Dareen keluar dari kamar mandi. Dia menggeleng kepala melihat suaminya itu masih lagi tidak bangun.

"Abang, Dareen dah siap. Abang pergilah ambil air wuduk." kejut Dareen lagi.

Asyraf mengangguk perlahan. Kakinya mula menapak masuk ke dalam kamar mandi.

Setelah siap mengambil wuduk. Dia mula keluar dari kamar mandi dan ternampak isterinya yang sedang membentangkan sejadah dan sedang memakai telekung.

"Kita solat berjemaah okey?" kata Dareen dengan senyuman manis.

Asyraf mengangguk lalu tersenyum kecil. Dan solat subuh itu diimamkan oleh Asyraf Hayden.

        Sarapan telah dihidangkan oleh Dareen dan Puan Hadina. Pagi ini, mereka berdua hanya memasak nasi goreng, roti sandwich dan air teh panas.

"Wahh sedapnyaaa.." kata Amsyar melihat makanan yang berada di atas meja. Perutnya berkeroncong meminta sesuatu.

"Aip! Pergi basuh tangan dulu." tegur Puan Hadina. Amsyar tersengih lalu menapak pergi ke singki untuk membasuh tangan.

"Kakak ipar, Asy tu dah bangun ke?" soal Amsyar.

"Dia dah bangun. Cuma dia masih kat atas and tengah bersiap. Ni korang bawa beg banyak-banyak turun ni dah kenapa? Nak lari rumah?" soal Dareen.

"Bukan lari rumah, king tu haa yang halau kitorang." muncul Aaron yang sedang memuncungkan bibirnya lalu dirinya duduk di atas kerusi. Dareen mengangguk sahaja.

"Bukan halau, memang harini kiranya dah cukup dua hari korang menumpang kat sini." jawab Dareen selamba. Aaron dan Amsyar membuat muka.

"Heh, reina pun sama je. Tak nak bela kitorang.." kata Aaron mencebik. Dareen senyum sahaja.

"Mana yang lain ni? Tak nak sarapan ke?" Dareen menyoal sambil menggoreng telur.

"Oh kejap, biar Am yang panggil.." ujar Amsyar lalu dia berlalu ke luar rumah.

Dan muncul lah Asyraf Hayden yang kemas memakai baju kemeja dan blazer yang berada di atas lengannya. Rambutnya pula digayakan like Korean male hairstyle. Mukanya dingin sahaja. Diturunnya tangga itu dengan perlahan. Kalau laju-laju turun, kang jatuh tergolek, tak ke naya.

Dareen tersenyum melihat kelibat suaminya yang baru sahaja turun dari tangga. Handsome!

"Abang, jom makan.." ujar Dareen dengan senyuman. Perlahan-lahan dia menarik tangan suaminya untuk duduk di kerusi meja makan berhadapan dengan Aaron. Asyraf hanya menggumam sahaja.

"Eh king. Good morning!" tegur Aaron dengan ramah.

"Hm."

"Uishh garangnya. Kenapa-" pantas sahaja Aaron diam. Dareen sudah pelik, biasanya kalau ada Asyraf dia akan bising. Tapi ni diam pulak. Asyraf pula sudah melihat telefon pintarnya.

Tiba-tiba, ada satu panggilan yang terkeluar dari telefon Asyraf.

+60 11 **** ****

Tanpa banyak soal, pantas Asyraf mengangkatnya.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now