⋆⋆⋆⋆
Amsyar menarik kuat tangan Hana. Wajahnya ketat sahaja. Hana sudah menelan liur. Dia dah nak tukar jadi gorgon guys!
Amsyar membuka kasar pintu keretanya.
" Masuk. " pinta Amsyar mendatar. Hana hanya menurut sahaja.
Amsyar mula memandu laju. Hana sudah gelabah.
" Awak!! Jangan lah bawa laju sangat!! " marah Hana. Amsyar hanya diam membisu. Dia memandu laju hingga hampir mencecah 150 km/j. Leher-lehernya sudah mula timbul urat. Wajahnya pula serius sahaja.
Hana pula sudah menutup matanya lalu berselawat. Takut!
Perlahan-lahan air mata Hana menurun. Amsyar menoleh sebelah dan terkedu melihat buah hatinya menangis. Lantas dia mengurangkan kelajuan.
" Kau ada apa-apa hubungan dengan jantan tu? " soal Amsyar mendatar. Hana berhenti menangis.
" D—Sia cuma kawan saya je— "
PAK!
Amsyar memukul stereng keretanya dengan kuat. Matanya tajam memandang wajah bersih Hana. Hana sudah ketakutan. Kawan je pun, yang kau tiba-tiba dah nak bertukar menjadi shrek ni dah kenapa?
" Kawan ke kalau dah bermesra sampai macam tu? " tanya Amsyar sinis.
" Yelah, kitorang kawan je. Yang awak nak marah-marah ni kenapa? Awak bukannya ada apa-apa kaitan pun dengan saya. " ujar Hana mendatar lalu memandang Amsyar.
Amsyar mengetap rahangnya. Sekali lagi dia memandu laju. Hana sudah ketakutan.
" Amsyar!! Awak ni nak mati ke! Kalau nak mati, jangan lah ajak saya! " marah Hana. Dalam hati sudah berselawat panjang.
SREETT!
Kereta mercedes benz tersebut mula membrek secara tiba-tiba.
DUKK
" Awwhh.. " Hana sudah terhantuk kuat pada tingkap di sebelahnya. Dahinya sudah mengeluarkan cecair pekat.
Amsyar menoleh Hana yang berada di sebelahnya. ' Darah ' desis hatinya.
Amsyar hanya membiarkan Hana yang sedang kesakitan itu. Sikit je pun kena.
' Hati aku lagi sakit bila nampak kau bermesra dengan lelaki lain. ' batin hati Amsyar.
Hana menyandarkan kepalanya pada seat tempat duduknya. Dipegang kepalanya itu. Kang aku amnesia kang, baru Amsyar tu tau.
Kini, mereka sudah tiba di rumah agam Dato' Arham. Amsyar mematikan enjin kereta dan mula meloloskan diri dari kereta mewahnya itu. Pintu kereta dibuka perlahan.
" Jom. " Amsyar menarik kasar tangan Hana. Hana sudah memaki Amsyar di dalam hati.
' Dia fikir aku ni robot ke apa. '
Amsyar menutup kuat pintu keretanya itu. Ditariknya tangan gadis itu ke dalam rumah.
" Abang pergi mana tadi? " tanya Asyura yang sedang menonton televisyen. Amsyar hanya memulaukan pertanyaan adik bongsunya itu.
Asyura menjeling pemergian abangnya itu. Di dalam hatinya tertanya-tanya. Siapakah gadis cantik yang ditarik abangnya itu?
Amsyar menarik kasar tangan gadis itu dan mereka menuju ke sebuah bilik.
" Amsyar! Lepaslah! Awak ni takda tangan sendiri ke sampai nak tarik tangan saya!! " marah Hana mencuba untuk menepis tangan lelaki itu. Amsyar hanya diam membisu.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romansa❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...