🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟕𝟒

4.1K 171 35
                                    

⋆⋆⋆⋆

Jam 7.00 pagi.

" Tuan! Tuan! " panggil seseorang dengan gelabah.

" Apa dia Kassim? Pagi-pagi dah bising. " ujar ketua polis itu menggelengkan kepalanya.

" Diaorang bertiga tu dah larikan diri dari penjara!! " kata Kassim.

" Hah?! Macam mana boleh terlepas? " soal ketua polis itu mengerutkan dahinya.

" Saya tak tahu. Tapi, selepas saya bangun dan solat subuh je, budak-budak tu memang dah hilang.. " kata Kassim mengeluh perlahan.

Ketua polis itu hanya mendiamkan diri. Kepalanya sedang ligat memikirkan sesuatu.

⋆⋆⋆⋆

Jam 8.00 pagi.

" Abang, jom sarapan dulu. " Dareen tersenyum manis memandang suaminya yang baru sahaja turun dari tangga.

" Masak apa sayang? " Asyraf mencium pipi isterinya.

" Masak makaroni goreng je.. " kata Dareen lalu menarik tangan suaminya untuk duduk di sebelahnya. Danial hanya termenung jauh.

" Hmm, agaknya macam mana lah diaorang tu duduk dalam penjara ek.. " Danial bersuara secara tiba-tiba lalu memandang kakaknya.

" Dioarang tu ada je polis bagi makan. Kalau tak mati kebulur lah budak-budak tu.. " kata Dareen menggeleng kepalanya.

Putra sedang memikir sesuatu. King kata, diaorang bertiga suka duduk penjara dalam masa dua hari.. Tapi mustahil lah diaorang nak duduk je situ sampai dua hari. Mesti diaorang ada plan sesuatu ni.

" Dah, makan. " kata Dareen. Mereka berempat mula menjamu selera. Alang-alang tu mereka tengok televisyen sekali. Putra segera menukar channel tv..

TV 3..

' BERITA TERKINI. TIGA ORANG LELAKI YANG DIPENJARAKAN AKIBAT MEMBUNUH SEORANG LELAKI DI DALAM KERETA PADA HARI SEMALAM TELAH PUN MELARIKAN DIRI DARI PENJARA. PIHAK POLIS SEDANG MENYIASAT DAN MENCARI MEREKA. MEREKA BERTIGA SEPATUTNYA DUDUK DI DALAM PENJARA SELAMA DUA HARI. NAMUN, TIDAK SAMPAI 24 JAM, MEREKA SUDAH MELARIKAN DIRI.

SEKIAN SAHAJA BERITA UNTUK PAGI INI. '

Danial sudah kaku. Putra pula hanya ketawa kecil. Dah agak dah! Diaorang bertiga tu bukannya nak duduk dalam penjara pun!

" Buat hal lagi. " kata Asyraf mendatar.

" Kalau diaorang larikan diri, dah tu.. Kat mana diaorang pergi? " soal Danial yang sudah menggaru kepalanya.

" Huwarghhh! Good morning king, reina, Putra dan Danial. Kenapa tak kejut aku ni.. " Uwais tiba-tiba muncul dan turun dari tangga.

" Eh Uwais?! Macam mana kau boleh ada kat sini? Bila kau masuk rumah? " Putra sudah terkejut. Uwais menggosok matanya.

" Hah, aku- "

" Hai semua!! " kini, Aaron dan Daim pula tiba-tiba muncul.

Wajah Asyraf telah berubah dingin.

" Explain. "

" Hehe sebenarnya... "

Semalam pada pukul 12.30 tengah malam.

" Aku nak keluar penjara ni sekarang! Tak nak duduk sini! " rungut Uwais yang berada di dalam penjara.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now