⋆⋆⋆⋆
Dareen merebahkan dirinya di atas katil bilik hotel yang ditempah oleh suaminya. Dia menggeliat kecil. Penatnya!
Tadi diaorang pergi jalan-jalan makan angin. Tu yang penat tu. Dareen pula aktif sangat sewaktu mereka berjalan-jalan. Tak reti duk diam, nak berlari je kerja. Suaminya pula penat mengejarnya. Lepastu minta itu minta ini. Macam-macam betul lah budak kecil ni..
Asyraf melabuhkan punggungnya di atas katil. Kepalanya digeleng perlahan tatkala melihat isterinya itu yang berbaring di atas katil dan masih belum membersihkan diri.
"Sayang.. Mandi dulu, pastu baru tidur okey?" tangan Asyraf bergerak memeluk tubuh kecil yang sedang berbaring itu.
"Mhmm penatlah.." rengek Dareen manja. Dia memeluk tubuh sasa jejaka itu. Asyraf tersenyum kecil. Dielus rambut isterinya itu dengan lembut sambil mengucup pipi wanitanya itu.
"Tau pun penat. Tadi berlari tak ingat dunia tu kenapa? Ha pastu makan pula macam tak pernah makan setahun." perli Asyraf dengan lembut. Dareen mencebik.
Dia bangun dan memeluk tubuhnya lalu memandang wajah suaminya. Mulut dicebikkan. Asyraf ketawa kecil. Terus sahaja dia menarik tubuh kecil isterinya itu di dakapannya. Haih la wahai isteri, manja benor budak kecil ni. Gigit kang.
Asyraf tergelak kecil apabila teringat kejadian dimana mereka berdua berjalan-jalan tadi.
⋆⋆⋆⋆
Flashback..
"Abang! Cepatlah! Dareen nak makan yang tu! Dareen lapar!" jerit Dareen yang sudah jauh dari tempat Asyraf berada. Nafas lelaki itu tercungap-cungap kerana sudah lelah mengejar isterinya.
"Sayang ni, badan kecil tapi jalan macam kaki dia yang panjang. Laju sangat." kata Asyraf dengan kuat. Dareen membuat muka. Dia memandang belakang. Hanya jarak beberapa meter sahaja jaraknya dengan suaminya berada.
"Eee biarlah. Abang tu! Dah lah tinggi macam zirafah tapi jalan lembab!" ejek Dareen. Asyraf terdiam. Ouh, kata aku lembab eh.
Pantas sahaja dia berlari laju sekencang-kencangnya untuk mengejar isterinya. Dareen membuntangkan matanya. Bapak laju! Dia ni...
Eh kejap!
Dia nak pergi kat aku ke?
Nak kejar aku ni?
Wajah Asyraf ditayangkan sinis. Dareen apalagi, terus lari tak cukup tanah apabila melihat suaminya itu mengejarnya dan semakin menghampiri dirinya.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...