⋆⋆⋆⋆
Dareen menghampiri suaminya dengan senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya. Asyraf terpegun dengan senyuman tersebut.
"Abang, nah makanan.. Tadi Dareen balik kejap, pastu Dareen sempat buat nasi putih paprik untuk abang.. Makanan kegemaran abang ni kan." Dareen tersenyum nipis. Dia menyerahkan sebungkus plastik yang berisikan makanan untuk suaminya.
"Macam mana..kau tau ni makanan favourite aku?"
"Saya tahulah sebab saya isteri abang.. Nah abang makan eh.." Dareen tersenyum nipis. Dielus lembut pipi suaminya.
Asyraf terkedu apabila Dareen mengelus pipinya. Dia dapat melihat anak mata wanita itu yang sedang berasa sedih dan sayu.
"Abang? Makanlah ni.. Ni sudunya.." ujar Dareen lembut. Asyraf mula memegang tangan isterinya.
"Eh emm.. Kau tak makan sekali?" soal Asyraf lembut.
"Saya dah makan dah tadi dengan Amsyar." kata Dareen dengan senyuman manis. Wajah Asyraf berubah datar.
"Kenapa kau makan dengan Am? Kenapa tak makan dengan aku je?" soal Asyraf datar.
"Err bukan tak nak makan dengan abang.. Tapi, Am yang ajak Dareen makan.. Dareen terima lah." Dareen menundukkan kepalanya. Asyraf mengeluh perlahan.
"Lepasni, kalau dia ajak, kau jangan accept. Kau perlu accept bila aku yang ajak kau makan. Faham?" ujar Asyraf tegas. Dia mencengkam kuat tangan isterinya.
Pantas sahaja Dareen mengangguk. Dia mula menggaru keningnya.
"Dareen."
"Ya saya?"
"Suapkan aku boleh?"
"Hah?"
"Suapkan aku makan.. Tak salahkan? Kau kan bini aku" pinta Asyraf lembut.
Dareen mengangguk perlahan. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman manis.
"Abang betul-betul percaya yang saya isteri abang?" soal Dareen.
Asyraf mengangguk laju. Amsyar sudah memberitahu padanya semua sekali, sejak dari awal dia dan Dareen bertemu.. Dan dia mencuba untuk menjadi Asyraf yang dulu, yang selalu bersayang-sayang kepada isterinya, yang menjadi suami protective kepada isterinya..
Ya, dia mahu mencubanya. Dan dia mahu mencuba untuk mengingati segala memori bersama isterinya yang terpadam di dalam ingatannya.
Baru sahaja Dareen mahu menyuakan nasi putih paprik ke dalam mulut suaminya, Asyraf bersuara.
"Suap aku pakai tangan kau"
Dareen mengangguk perlahan lalu mahu bangun.
"Kau nak pergi mana? Aku suruh kau suap aku, bukannya lari.." kata Asyraf memegang tangan isterinya. Dareen menggeleng lalu ketawa kecil. Haih cik abang amnesia? Takut benor aku lari dari dia eh..
"Eh tak, Dareen nak pergi basuh tangan. Kata suruh saya suap pakai tangan, kena lah basuh tangan." Asyraf mengangguk lalu segera melepaskan tangan Dareen. Malu pula rasanya..
Dareen berlalu pergi ke bilik air dan membasuh tangan.
"Ni makan sampai habis tau.."
Asyraf mengangguk perlahan. Dikunyahnya nasi putih paprik yang disuap oleh isterinya itu sambil menatap wajah wanita itu.
Dareen tidak menyedari yang suaminya itu menatapnya lama.
Cantiknya bidadari seorang ni..
Telefon bimbit Dareen berdering minta diangkat.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romansa❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...