⋆⋆⋆⋆
Tayotayo tayotayo gaegujaengi
kkoma beoseu..
Bungbungbung ssingssingssing
dallineun ge neomu joa..Bunyi deringan telefon Danial menyentakkannya yang sedang memasak. Dia menggaru kepala seketika sebelum melihat siapakah gerangan yang menelefonnya.
Kakak 💗
"Err korang buatlah dulu kerja apa yang aku suruh tu, kakak aku call. Kejap eh.." kata Danial mendatar.
"Okey!" ujar kelima-lima bala tersebut. Danial mengangguk lalu beredar dari situ ke luar rumah untuk mengangkat panggilan kakaknya.
Setelah melihat kelibat Danial hilang dari dapur. Mereka berlima lantas bersorak.
"Yess, dia dah takda. So bolehlah kita duduk relax kann.." kata Putra lalu duduk di atas kerusi dengan tenang. Semua mengangguk kegembiraan kecuali Uwais.
"Korang rehat lah dulu. Aku nak kena kacau nasi goreng ni haa.." kata Uwais mendatar.
"Ouh meh aku tolong. Korang fikir aku tak pandai masak ke hah." ujar Amsyar lalu segera ke arah Uwais yang sedang memasukkan sayur-sayuran.
Uwais memandang Amsyar. Dahinya berkerut.
"Kau nak buat apa?" Uwais sudah hairan.
"Aku nak tolong kau lah. Bak sini sudip tu.." kata Amsyar. Uwais mengangguk lantas dia memberikan sudip tersebut kepada jejaka itu.
Aaron, Daim dan Putra hanya memerhati mereka memasak sahaja. Kalau terbakar jangan salahkan kitorang.
"Okeyy dah siap kacau. Kita biar je dulu.. Dalam 10 minit okey!" kata Amsyar kepada Uwais. Uwais hanya mengedipkan matanya sahaja.
"Bukan Danial kata kita kena kacau je ke.. Tak payah nak tunggu 10 minit ke 5 minit ke.." balas Uwais perlahan. Takut dia tersalah dengar apa yang dikatakan oleh Danial.
"Arhh tak payah ikut budak acah pandai masak tu. Ikut aku ni, aku pun pandai masak tau! Kalau nak kena kacau je setiap kali, bila nak siap masak nasi goreng tomyam ni.." ujar Amsyar. Uwais menongkat dagu lalu mengangguk setuju akan kata-kata Amsyar.
"Sekarang, kita kena tunggu dalam 10 minit.."
kata Amsyar lagi.
"Baik!" akur Uwais dengan senyuman lebar.
10 minit kemudian..
"Haa dah 10 minit, so kita akan terbalikkan nasi goreng tu.."
Uwais mengangguk sahaja dengan kata-kata Amsyar. Ikut jelah kata dia, mana tau dia pun pandai masak..
Pantas Amsyar menerbalikkan nasi goreng itu dan mata Uwais mula membulat.
"Weh weh!! Dah hangus buduh! Apa kau buat ni haa! Habis lah aku kena marah dengan Danial" ujar Uwais. Amsyar hanya membuat muka tenang sahaja.
"Relax relax. Kita jangan panik. Sekarang, kau kena kuatkan api tu.." kata Amsyar. Uwais mengangguk sahaja lalu menguatkan api tersebut.
"Kuat lagi.." kata Amsyar lagi. Uwais menguatkan api lagi.
"Haa dah." jawab Uwais.
"Weh, apasal aku bau hangit siak." tegur Daim mengerutkan dahinya.
"Bau hangit apanya? Kejap, aku kuatkan api-" Amsyar pantas menguatkan api. Aaron sudah menggaru hidungnya.
"Bukan ke kalau kuatkan api, makin hangit bau dia?" soal Aaron. Biar betul Amsyar ni. Ni bukan masak kuah sup kau nak kuatkan api bagai.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...