🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟖

11.4K 452 38
                                    

⋆⋆⋆⋆

    Dareen membeku. Aku tak pernah lagi merasa pelukan ni. Pelukan ni.. Lain.

Dareen menelan liurnya. Dia mula rasa seram sejuk.

"Ana.." panggil lelaki itu kepada Dareen. Suaranya lembut sahaja. Dareen berfikir sejenak. Ana? Siapa Ana tu? Takkanlah perempuan lain-

Pantas sahaja Dareen memusing belakang terdapat seorang lelaki yang sedang memeluknya dan menyembunyikan mukanya ke bahu Dareen. Bibirnya pula muncung. Comel.

Dareen tahu itu Asyraf. Tapi macam bukan.

"S.. Siapa Ana?" setelah mendengar soalan yang dikeluarkan oleh Dareen, pantas sahaja lelaki itu memandang wajah Dareen dengan muka polosnya. Kemudian, dia tersengih.

Dareen sudah naik hairan. Mommy, ibu tolong! Asyraf dah kena rasuk dengan setan!

"Eii, awak lah Ana tu! Siapa lagi!" lelaki itu memeluk tubuhnya lalu dicebikkan bibirnya. Dareen memandang lelaki itu dengan pandangan yang takut.

"Nama saya Dareen, bukan Ana.." jawab Dareen perlahan.

"Awak Ana saya lah!" Dareen terkejut. Tetiba aje tinggikan suara kat aku. Perangai pun macam budak-budak. Dia melihat pula anak mata lelaki itu. Bukan mata warna coklat terang dan warna hazel.. Tapi?!

"Mata Ayden berwarna abu-abu (Kelabu), kalau mata Aden berwarna amber (Orange kecoklatan)"

Dareen teringat akan kata-kata Datin Azlina bahawa mata Ayden berwarna abu-abu dan mata Aden berwarna amber.. So kat depan aku sekarang ni, mata dia berwarna amber.. Jadi ini...

Aden?!

Wahh sudah muncul ini anak!

"Aden pula jenis yang manja. Kalau tak ikut apa yang dia nak, memang dia merajuk. Tapi, pandai-pandai lah pujuk dia ye."

Dareen masih lagi mengingati apa yang Datin Azlina katakan tentang Aden. Ouh baru aku faham, patutlah dia mengada sikit. Pastu tetiba panggil aku Ana. Eh nama aku Dareen bukan Ana. Budak ni kang..

"Awak.. Aden kan?" soal Dareen dengan berhati-hati.

"Betul! Nama saya Aden. Dan nama awak Ana! My Ana! My cutie Ana!" Aden menjerit kecil dengan gembira. Ana membuat muka. Dah kenapa pulak dia bagi aku nama Ana. Dia fikir dia tu mak aku ke nak bagi-bagi nama anak dia.

"Kenapa awak panggil saya Ana?" soal Dareen.

"Sebab nama awak Ana lah" sah-sah otak budak Aden ni dah terjatuh dari langit. Entah kenapa tah dia panggil aku Ana. Si Han tu panggil aku Yana, and budak ni dia panggil aku Ana? Haihh, tu belum lagi keluar Ayden. Silap-silap, nama pelik-pelik dia bagi kat aku.

"Ouh, err biar saya ubatkan awak dulu. Tak siap lagi." ujar Dareen. Fikirnya dia mahu merajuk terhadap suaminya, tapi apabila melihat perubahan suaminya itu.. Terus dibatalkan niatnya itu. Aden mengangguk laju.

"Sakit?" soal Dareen.

"Tak sakit pun, sebab dah terbiasa dah." jawab Aden bersungguh-sungguh. Dareen pula mengangguk sahaja.

"Assalamualaikum.." seseorang memberi salam sebelum melangkahkan kaki ke dalam rumah. Dareen menjawab salam. Dia memandang siapakah gerangan yang memasuki rumah agam Dato' Arham itu. Ouh, Amsyar..

Jangan kata dia datang sini sebab nak cari pasal dengan abang dia.

"Eh bang, wah wah wah. Baru sikit kena belasah dengan daddy, nak kena ubatkan pula eh kau." tegur Amsyar kepada abangnya. Aden menjeling.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now