🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟑

12.5K 406 34
                                    

⋆⋆⋆⋆

    "Abang!"

"Ye Lina, awak jangan jerit sangat, sakit telinga saya ni." balas Dato' Arham Haqeem merupakan ayah kepada Asyraf Hayden. Dia sedang membaca surat khabar. Nampak sahaja kelibat isterinya yang sedang berlari ke arahnya, lantas dia menutup surat khabar tersebut. Matanya memandang isterinya yang sudah senyum lebar.

"Abang, Asy dah bawa balik bakal menantu kita bang!" ujar Datin Azlina dengan gembira. Dato' Arham diam sahaja. Wajahnya menunjukkan riak wajah tidak suka.

"Siapa?" balas Dato' Arham acuh tidak acuh.

"Alaa Dareen tulah bang, kan Asy suka sangat ke dia." bersungguh-sungguh Datin Azlina berkata kepada suaminya. Dato' Arham mengeluh perlahan mendengar kata-kata isterinya. Lalu muncul lah seorang gadis yang manis bertudung dan seorang lelaki yang berbadan tegap.

"Ni ke Dareen tu?" soal Dato' Arham kepada Asyraf mendatar.

"Yes, inilah Dareen yang Asy ceritakan tu. Kenapa? Daddy tak suka? Am i right?" balas Asyraf sambil tersenyum sinis. Dia tahu dari awal lagi ayahnya tidak berkenan untuk menjadikan Dareen ini menantunya. Tapi dia kisah apa? Daddy nya restu or tidak restu, dia tetap akan jadikan Dareen ini miliknya.

Dato' Arham mengeluh perlahan. Matanya memandang wajah anak sulung lelakinya.

"Ya memang daddy tak suka perempuan ni! Sekarang ni, macam mana dengan Amelia? Dia itu tunang kamu tau, takkan kamu nak sakitkan hati dia? Apa pun daddy tak setuju kalau kamu nak berkahwin dengan dia!" balas Dato' Arham tegas? Asyraf tersenyum sinis akan kata-kata ayahnya itu.

Dareen pula sudah terkejut kerana mengetahui yang Asyraf sudah pun bertunang. Kalau dah ada tunang, buat apa cari aku lagi? Buat sakit hati aku je.. Eh.

"Daddy, dari awal Asy tak setuju nak bertunang dengan perempuan murah tu. Daddy yang sibuk-sibuk paksa Asy. Daddy fikir Asy tak tahu yang perempuan murah tu selalu melepak kat club." kata Asyraf menahan marah lalu pipinya ditampar oleh ayahnya. Asyraf tersenyum sinis. Dah berani tampar anak sendiri nampak?

"Kamu jaga sikit mulut tu eh! Amelia tak macam tu! Daddy kenal ayah dia!" ujar Dato' Arham dengan tegas. Terus sahaja mata Asyraf berubah menjadi hazel. Dia menarik tangan Dareen yang diam sahaja dari tadi. Tangannya melingkarkan di pinggang gadis itu. Dareen tersentak. Haram lah woi! Kahwin dulu. Bisik hati Dareen.

"Han tetap akan kahwin dengan Yana! She's my first lover daddy ! Han takkan lepaskan Yana begitu sahaja. Kalau daddy nak sangat, apa kata daddy yang kahwin dengan dia." balas Han sinis. Dia mengucup tepi dahi gadis itu. Dareen cuba untuk melepaskan diri, namun Han masih mengetatkan pegangannya pada pinggangnya dan matanya memberi amaran kepada gadis itu.

Dareen terfikir, kenapa Asyraf memanggilnya Yana? Orang panggil dia Dareen bukan Yana. Dia ni otak senget ke apa?

Dato' Arham terkejut dengan perubahan anaknya. Tidak sangka yang penyakit anaknya itu semakin hari semakin teruk. Sebab apa? Sebab Han kerap muncul sejak kebelakangan ini. Sebelum ni dia jarang muncul.

"Han.." Datin Azlina memanggil anaknya dengan perlahan.

"Mommy jangan risau, Han tetap akan kahwin dengan Yana. Dan sampai bila-bila pun Han takkan kahwin dengan Amelia." Dareen diam mendengar kata-kata Han yang kedengaran datar itu.

Aku rasa aku baru je korek telinga semalam. Apa mamat tu cakap tadi? Kahwin?! Haihh ni tak boleh jadi ni. Desis hati Dareen.

"Asyraf, saya tak nak kahwin dengan awak." terus tersentak Datin Azlina dan Han. Han memandang Dareen tajam. Tangannya mencengkam kuat pinggang gadis itu dan matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata Dareen.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now