🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟕𝟑

3.9K 172 21
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Kini, Aaron, Uwais dan Daim sedang berhadapan dengan ketua polis dan mereka sekarang berada di balai polis. Dareen juga turut berada di situ.

" Kenapa kamu bertiga membunuh lelaki itu? " soal ketua polis itu dengan tegas.

" Dia yang salah.. Sebab tulah kami bunuh dia.. " kata Aaron memuncungkan bibirnya diikuti oleh Uwais yang turut memuncungkan bibir. Daim menoleh memandang Aaron. Dia membuat muka.

" Eh kau! Sejak bila aku pun ikut bunuh dia sekali hah?! " marah Daim yang kelihatan tidak puas hati.

" Alah! Kau kan ikut aku sekali! " balas Aaron.

" Dah jangan gaduh! " marah salah seorang anggota polis dengan tegas. Aaron pula sudah memuncungkan bibirnya semula.

" Puan, lelaki yang meninggal itu tadi.. Adakah lelaki itu yang menculik puan sebelum dia meninggal? Adakah itu benar? " soal ketua polis kepada Dareen.

Dareen menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Bibirnya mengukirkan senyuman yang nipis.

" Ya, dia culik saya.. Sebab tulah diaorang bertiga ni selamatkan saya. Tapi please, tolong jangan bawa diaorang masuk penjara.. Saya mohon sangat sangat.. " kata Dareen dengan helaan nafas.

" Tapi, ini kesalahan berat puan. Mereka dah membunuh orang. " ujar salah seorang anggota polis dengan tegas.

" Hek eleh! Tapi kitorang bunuh orang yang jahat! " kata Uwais mencuba untuk menidakkan kata-kata salah seorang anggota polis itu.

" Macam ni lah. Kejap lagi suami saya datang. Biar dia settle kan hal ni okey. " kata Dareen perlahan dengan senyuman. Polis-polis yang berada di situ hanya mengangguk sahaja.

" Aku harap king datang selamatkan kita dan bebaskan kita dari sini. Aku tak nak masuk penjara! " kata Aaron dengan nada berbisik kepada Uwais dan Daim.

" Aku pun tak nak.. " kata Daim yang juga turut berbisik.

" Kan.. Aku harap king dapat bebaskan kita. Aamiinnn!! " ujar Uwais dengan senyuman lebar.

        Beberapa minit kemudian..

" Assalamualaikum.. " ujar seseorang lalu memasuki balai itu.

" Waalaikumussalam. " jawab mereka semua yang berada di dalam balai itu.

" Tuan Asyraf. " semua anggota polis termasuk ketua polis segera tundukkan kepala sebagai tanda hormat. Asyraf mengangguk sahaja. Wajahnya tegang sahaja.

" King!! Selamatkan kami!! " ujar Uwais lalu hendak pergi ke arah Asyraf namun ditahan oleh polis. Tangannya yang digari itu dia mahu mencuba untuk melepaskannya.

" Duduk diam situ! Jangan kemana-mana! " ujar polis itu dengan tegas. Uwais memuncungkan bibirnya ke depan.

" Mia bella, are you okay?" soal Ayden dengan nada mendatar. Nampak sahaja nada itu datar, tetapi di dalam hatinya, sudah risau akan keselamatan isterinya. Dareen tersenyum sahaja. Itu Ayden guys!

" Dareen okey jelah abang. Tu, diaorang.. Kesian diaorang kena tangkap.. " kata Dareen memeluk lengan suaminya. Ayden mengangkat sebelah keningnya.

" King, tolong bebaskan kami eh? " kata Aaron dengan senyuman comelnya. Daim dan Uwais turut mengikuti apa yang Aaron lakukan.

Ayden hanya diam membisu. Wajahnya tidak menunjukkan perasaan apa pun.

" Jadi tuan. Perlukah kami bebaskan mereka bertiga? " soal ketua polis.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now