🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟑𝟑

5.7K 320 97
                                    

⋆⋆⋆⋆

   "S—siapa abang sebenarnya?"

Han tersenyum sinis. Dia mengangkat kening sebelahnya. Wajahnya didekatkan pada wajah bersih isterinya. Kelihatan isteri kesayangannya itu sudah bergetar-getar diri memandangnya.

"Kalau aku bagitau kau, kau percaya tak?" soal Han.

Dareen menelan liur. Suara tu jangan lah seram sangat!

"Next time baby. Kau akan tahu juga siapa aku sebenarnya.." Han mengelus lembut pipi mulus Dareen lalu dikucupnya perlahan sambil menarik senyuman senget.

"Abang—"

Terus terhenti kata-kata Dareen kerana mata Han berubah sekelip mata. Matanya berubah warna amber.

Aden.

"My Ana! I miss you!" Aden memeluk tubuh Dareen yang sedang membeku itu. Nak tercekik Dareen dibuatnya. Kalau ya pun rindu, tak payahlah peluk aku sampai aku ni tak boleh nak bernafas...

"Ana pun rindu Aden hehe.." ujar Dareen dengan senyuman.

"Omg Aden! I miss you!" kata Uwais dengan suara gedik namun mendapat jelingan daripada Aden. Uwais membuat muka hodohnya.

Aden mencium pipi kesayangannya itu dengan wajah yang gembira. Dareen juga turut membalas benda yang sama dan Aden tergelak suka.

"Ana.."

"Ya saya?"

"Emm boleh Aden cium kat sini?" tanya Aden menyentuh bibir isterinya. Matanya terkelip-kelip memandang isterinya.

Dareen tersenyum kecil. Kenapa comel sangat ni? Perlahan-lahan Dareen mengangguk. Aden bersorak kecil lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah kesayangannya lalu dilabuhkan ciuman pada bibir wanita itu. Dareen mula membalasnya.

"Bapak ahh, nak buat adegan macam ni bukan kat sini. Buat kat bilik sana!" kata Amsyar memeluk tubuh.

Aden dan Dareen melepaskan ciuman lalu serentak memandang Amsyar. Aden tersenyum sinis. Dia tidak menghiraukan kata-kata adiknya.

Aden menyentuh wajah kesayangannya. Dia menatap dalam anak mata wanita itu. Tanpa disedari oleh Dareen, mata suaminya itu berair.

"Aden sayang Ana... Janji dengan Aden yang Ana akan selalu ceria dengan Asyraf, jangan sedih sedih lagi!"

Dareen tersenyum kecil lalu berkata..

"Ana pun sayang kat Aden dan Ana janji Ana akan sentiasa ceria.." kata Dareen lembut. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa Aden tiba-tiba cakap macam ni?

Aden tersenyum nampak gigi. Dalam diam, dia melambai tangannya kepada isterinya. Lalu, matanya mula berubah.

Han.

"I always be your protective husband. Because you're my weakness and my babygirl. I love you my angel forever and till jannah." Han memegang wajah bersih wanita itu lalu dikucup bibir mungil wanita itu dengan rasa sayang yang amat.

Dareen mengangguk laju.

"I love you too.." Dareen menyatukan dahinya dan dahi suaminya, Han. Han menggeselkan hidungnya pada hidung isterinya. Dia tersenyum nipis pada isterinya itu. Air matanya laju menurun di pipi namun wanitanya itu tidak perasan. Cepat-cepat Han menahan air matanya dari keluar lebih banyak lagi.

"Take care my baby." kini, air mata Han tidak dapat lagi ditahan lalu terjatuh jua. Dareen memandang wajah Han.

"Kenapa abang nangis?"

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now