🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟐𝟓

7K 301 49
                                    

⋆⋆⋆⋆

   Meow~ Meow~ Meow~ Tarararuuuu~
Meow~ Meow~ Meow–

Bunyi deringan telefon pintar kepunyaan Daim berbunyi. Daim menggeliat kecil. Wajahnya yang baru sahaja bangun dari tidur lantas membuat muka malas. Bising ahh! Siapa call petang-petang buta ni!

Tanpa melihat nama yang tertera pada skrin telefon, pantas dia mengangkat tersebut dan dimulakan dengan perkataan..

"Apa!" soalnya kasar.

Siapa suruh call time aku tengah tidur.

"Woi!" ujar seseorang di dalam panggilan. Daim membuat muka.

"Apa woi woi! Ni siapa? Cuba cakap kau tu siapa? Takkan lah takda nama. Bangang punya orang. Ni mesti scammer kan–" tuduh Daim dengan perasaan marah.

"Apa kau merepek ni babun? Ini aku lah!" ujar seseorang di dalam panggilan.

"Siapa?" Daim mengerutkan dahinya.

Pantas Daim melihat skrin telefonnya. Tiba-tiba bibirnya mula melorekkan senyuman sinis.

"Yeah bro! Hidup lagi kau eh!" ujar Daim dengan sinis.

"Ye aku hidup lagi ni. Tak mampus pun."

"Haha so? Kau call aku ni mesti nak bagitau yang kau nak balik Malaysia kan.." Daim berkata sambil tersenyum sinis.

"Erm yup. But, aku tau korang kat mana... Korang kat Amsterdam kan.." teka lelaki itu.

"Betul betul! So tengah on the way kan?" soal Daim dengan senyuman.

"Yurp and aku nak sewa bilik hotel nanti."

"Alaa kau sewa hotel kat hotel yang kitorang duduk sekarang ni je. Nanti aku share location." ujar Daim. Lelaki yang berada dalam panggilan itu hanya mengangguk.

"Eh kau tau tak, king tu rindu kau tau GAHAHAHAH!" ujar Daim lagi sambil ketawa. Lelaki itu ketawa juga di dalam panggilan.

"Ye eh. Wah, baru tiga bulan aku pergi dah rindu. Opkos lah! Aku kan anak buah kesayangan dia!" bongkak lelaki itu di dalam panggilan.

"Eh takda takda. Dia tak cakap pun yang dia rindu kau!" ujar Daim tidak puas hati. Lelaki yang berada di dalam panggilan itu hanya ketawa kuat.

"Hmm, Aaron bagitau aku yang king dah kahwin. Ha nanti aku nak tengok wajah isteri king. Nanti boleh lah aku ngorat ke hehe.." lelaki itu tersengih.

"Apa-apa jelah. Nanti kalau dah nak mampus jangan minta tolong aku.." ujar Daim selamba.

"Iyolahh."

"Erm weh, kau dah nak sampai Amsterdam kan? Ha baguslah tu, nanti malam dalam pukul sembilan macam tu. Kita jumpa kat restoran. Nanti aku share location. Semua ada kat sana nanti termasuk wife king.." kata Daim tenang.

"Haa okehh bro! Dah bye aku nak tutup. Nak ngorat pramugari jap hehe." ujar lelaki itu dengan sengihan.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now