⋆⋆⋆⋆
" Apa? " soal Daim mengerutkan dahinya sambil memandu.
" Yang kau jerit tu kenapa? " soal Putra kuat.
" Aku terkejut dengar bunyi tembakan tu lah bodoh! " marah Daim. Putra hanya meng'ouh'kan sahaja.
Tiba-tiba, ada sebuah kereta Lamborghini Aventador yang kelihatan sangat laju memotong kereta Audi rs7 kepunyaan Daim.
" Eh eh.. Tu kereta Asyraf! " kata Zamir memandang Daim.
" Jom, kita follow.. " ujar Daim mendatar. Lalu dia menekan pedal minyak dan kereta tersebut memecut membelah jalan.
BANG! BANG! BANG!
Prang!!
Kereta di tingkap belakang kereta Asyraf mula pecah.
Asyraf menggenggam penumbuk.
" King! Diaorang makin dekat! "
Setelah mendengar kata-kata Aaron. Lantas Asyraf memberhentikan keretanya secara mengejut di tepi jalan.
Asyraf membuka pintu keretanya lalu mahu keluar dari kereta.
" Abang.. Nak pergi mana? " soal Dareen dengan wajah yang bertukar risau terhadap suaminya.
Asyraf senyum nipis.
" Kejap je sayang, okey? " ujar Asyraf dengan lembut mengelus wajah isterinya. Dareen menggeleng laju.
" Aaron. Come. Ikut aku. " ujar Asyraf. Aaron sudah terpinga-pinga.
" Pergi mana? "
Asyraf menghiraukan soalan Aaron yang blur itu. Tanya soalan bodoh.
Tanpa membuang masa, Aaron segera melangkahkan kakinya keluar dari kereta itu.
Asyraf mengetap giginya dengan kuat apabila melihat anak buah Charlie juga yang sudah keluar dari kereta mereka.
" Dov'è il tuo padrone? (Mana tuan kau?) " soal Asyraf mendatar.
Anak buah Charlie tersenyum sinis lalu segera mengacukan pistol terhadap Asyraf. Asyraf mengangkat sebelah keningnya.
" Shoot me. " ujar Asyraf dengan sinis. Mata Aaron sudah membulat.
" King! Kau dah gila ke?!!" marah Aaron.
" Shh.. Diam Aaron. " ujar Asyraf mendatar.
Baru sahaja anak-anak buah Charlie mahu melepaskan tembakan pada Asyraf..
BANG
BANG
BANG
" King!! Apa khabar! " tegur Daim yang sudah menembak beberapa orang anak buah Charlie yang mahu menembak Asyraf.
" Hm.. Baik. "
" Okey.. King duduk dalam kereta. Biar kami yang settle kan makhluk— " kata Putra dengan senyuman.
" ARGHHH!!! "
Terkaku Asyraf apabila mendengar jeritan isterinya. Dia berlari mendapatkan isterinya yang berada di dalam kereta.
" Sayang! "
Dan kelihatan Charlie Mathew yang ketawa sinis melihat Dareen yang sudah berlumuran darah.
" Fuck!! Apa kau buat ni bodoh!! " marah Asyraf lalu menarik kolar baju Charlie dan menumbuknya dengan kuat.
Charlie hanya ketawa kuat.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Storie d'amore❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...