⋆⋆⋆⋆
Hana memasuki satu bilik dimana itu adalah bilik Amsyar. Hana melihat ada seorang lelaki yang sedang berada di balkoni biliknya. Hana membiarkan sahaja pintu bilik Amsyar itu terbuka. Bimbang ada benda yang terjadi.
Hana mengeluh perlahan. Nak pujuk macam mana ni?
"Err awak..." Hana berdiri di belakang jejaka itu.
"................"
"Awak. Saya minta maaf." Hana menundukkan kepalanya. Bibirnya dikemam.
"..............."
"Amsyar. Awak dengar tak ni? Saya nak minta maaf." ujar Hana dengan bibirnya yang diketap perlahan. Gugup mungkin.
"................"
"Okey takpalah kalau awak tak boleh nak maafkan saya. Saya tak kisah pun." Hana senyum nipis lalu hendak melangkahkan kaki keluar dari bilik tu. Dalam hatinya mengutuk Amsyar kerana lelaki itu bisu.
Baru sahaja Hana mahu melangkahkan kaki keluar dari bilik itu, pintu bilik Amsyar tertutup oleh pemilik bilik itu. Hana sudah kaku. Dia lantas mahu membuka pintu bilik itu namun tidak berjaya.
Amsyar pantas memeluk pinggang Hana dari belakang. Kepalanya direhatkan di atas bahu gadis itu. Bau wangian dari tubuh Hana membuatkan dirinya tenang bersama gadis itu.
"A—Amsyar.."
"Hm?"
"L—Lepas please.."
"No."
"Aku tak suka kau pandang Harraz." kata Amsyar perlahan.
"K—Kenapa?"
"I don't know. Jealous? Hm jauh sangat tu." ujar Amsyar perlahan di cuping telinga gadis itu.
"Tapi diaorang kata awak jealous?" kata Hana mengerutkan dahinya.
"Jangan percaya. Aku tak jealous pun. Cuma aku dengki sebab kau asyik tengok Harraz je. Aku yang kat depan kau, kau tak nak pandang." kata Amsyar sedikit kesal. Hana senyum nipis.
"Sorry. Lepas ni saya pandang awak je eh." Hana berkata dengan lembut.
"Hm...."
"Err tangan awak tu boleh lepas?" pinta Hana. Dia berasa tidak selesa dengan perbuatan lelaki itu.
"No. Stay je dengan aku macam ni." kata Amsyar mendatar.
"T—Tapi, nanti orang kata apa. Tak elok anak dara kena peluk macam ni.." Hana tersenyum kelat.
"Do i care? Nanti kau kahwin jugak dengan aku." kata Amsyar selamba. Terus membulat mata Hana.
"Saya tak nak kahwin dengan awak." ujar Hana perlahan. Dia ada sebab tersendiri.
"By hook or by crook, kau akan jadi milik aku." kata Amsyar perlahan tetapi mendatar.
"Then? Lepaslah. Haram tau tak!" Hana membentak sedikit.
"Tak nak.."
Hana mendengus kasar. Bau wangian dari tubuh Amsyar membuatkan dirinya tergoda. Amsyar memejamkan matanya dengan perlahan. Langsung tidak memikirkan haram atau halal kerana sudah menyentuh wanita buka mahramnya.
"Amsyar.."
"............."
Hana menjeling sedikit wajah Amsyar yang berada dekat dengan wajahnya. Tidur ke apa mamat poyo ni?
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...