⋆⋆⋆⋆
Lima bulan kemudian..
" Kak. Perlu ke kita balik kampung minggu ni? " soal Danial dengan wajah yang masam mencuka. Dareen mengeluh perlahan.
Dia membaringkan tubuh kecil anaknya Aryan di atas katil yang sudah lena tidur manakala Adrian pula berada di ruang tamu yang sedang bermain dengan Aaron.
" Kalau kita tak balik sana. Nanti nenek sedih.. Dia kan nak tengok cicit dia. " kata Dareen dengan senyuman. Danial mengeluh kasar.
" Danial malaslah kak. Nanti bila jumpa orang tua kat sana tu. Mulalah orang tua tu nak mengata kat kita. " ujar Danial kesal.
" Nak buat macam mana.. Kita kena hadap semua ni Danial. Mak Ngah dengan Mak Long kan memang macam tu. Lagipun, ibu kan ada. Ibu boleh protect kita kan.. " pujuk Dareen perlahan.
" Yelah kak. Tapi, boleh tak Danial nak bawa Asyura sekali ikut kita? " soal jejaka itu. Dareen mengangkat keningnya.
" Kenapa tiba-tiba nak bawa dia? "
" Erm.. Sebab nanti sepupu kita menggatal nak berkepit dengan Danial. Jadi, Danial boleh kata kat diorang yang Asyura tu girlfriend Danial. " ujar Danial sambil menggosok lehernya.
" Ouh. Ha boleh je. Akak tak kisah. Tapi kena tanya Asyraf lah. " kata Dareen. Danial mengangguk kepalanya sahaja.
⋆⋆⋆⋆
" Dennis! Dennis nak aiskrim tak? Uncle Uwais boleh belanja! " soal Uwais kepada Adrian. Adrian hanya memandang sahaja wajah Uwais.
" Dennis, uncle tanya ni.. Dennis nak aiskrim tak? " soal Uwais sekali lagi.
Adrian masih mendiamkan diri memandang sahaja wajah kacak Uwais. Uwais membuat muka lalu secara tiba-tiba, Adrian menyemburkan air liurnya pada wajah Uwais. Aaron yang sedang mendukung tubuh kecil Adrian segera ketawa terbahak-bahak.
" Woi muka aku! " Uwais segera mengelapkan wajahnya menggunakan kain lampin kepunyaan Adrian.
" Padan muka kau. " kata Aaron. Uwais memasamkan mukanya.
" Weh, bak sini budak tu. " ujar Uwais.
" Kau nak buat apa? " soal Aaron mengangkat kedua belah keningnya.
" Aku nak belanja dia aiskrim lah.. " jawab Uwais.
" Ouh, tapi aku pun nak! Kau belanja eh? " tanya Aaron dengan sengihan. Uwais mengangguk perlahan. Aaron menyorak kegembiraan lalu menyerahkan Adrian kepada Uwais.
" Okey, tapi kau jangan bagitau siapa-siapa tau! Lagi-lagi king dengan reina. Kalau diorang tau yang aku bagi Adrian makan aiskrim. Habislah aku nanti. Okey? " kata Uwais berbisik di telinga Aaron. Aaron mengangguk laju.
Kring! Kring! Aiskrim! Aiskrim! Siapa mau beli aiskrim!
" Aiskrim dah sampai lah weh! Jom kita beli! " kata Uwais teruja lalu membawa Adrian ke luar rumah untuk membeli aiskrim. Aaron juga turut mengikuti Uwais.
" Bang! Kitorang nak aiskrim! " laung Uwais memanggil penjual aiskrim yang membawa motor. Lalu, penjual aiskrim tersebut memberhentikan motornya.
" Haa adik bertiga mau aiskrim apa? " soal penjual aiskrim itu.
" Erm.. Bagi kitorang aiskrim cawan.. Nak yang coklat dan vanila. Aaron, kau nak aiskrim apa? " soal Uwais menyiku lengan Aaron. Aaron menongkat dagu.
" Erm... Aku nak aiskrim paddle pop. " kata Aaron.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Storie d'amore❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...