🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟐𝟒

6.2K 341 24
                                    

⋆⋆⋆⋆

BANG

BANG

BANG

Aden memeluk Dareen dari belakang bagi mempertahankan isterinya. Dan dua das tembakan terkena pada belakang tubuh Aden.

"Arghh!"

"Aden!"

Pantas Dareen memusing belakang untuk melihat keadaan suaminya.

"A.. Aden.." seru Dareen mengetap bibirnya. Perlahan-lahan air matanya menurun membasahi pipi. Aden yang melihat wanita kesayangannya itu menangis lantas dia tersenyum nipis. Bibirnya mula pucat.

"Ana.. Jangan lah nangis, Aden okey jelah! Eee manjalah sayang Aden ni!" Aden memeluk Dareen lalu mencubit pipi wanita itu.

Dareen mengangguk. Air matanya dikesat oleh Aden.

"Tapi, Ana tak boleh tengok Aden sakit.." ujar wanita itu perlahan.

"Shh, my cutie Ana~ Aden okey aje tau, dah jom kita kena pergi dari sini." ujar Aden lembut, matanya dalam menatap mata wanita kesayangannya. Dia mengucup pipi kanan Dareen lalu menarik wanita itu untuk berlari bersamanya.

Aden menjeling sekilas di belakangnya. Terdapat beberapa orang yang sedang mengejar mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan anak buah Nathan dan Gary. Aden tersenyum sinis. Tangan kirinya mula mengeluarkan sepucuk pistol dari kocek seluarnya.

Perlahan-lahan dia menghalakan pistol tersebut pada anak buah Nathan dan Gary tersebut. Empat das tembakan dilepaskan.

BANG

BANG

BANG

BANG

Tepat sekali tembakan itu terkena pada anak buah musuhnya itu. Dia tersenyum sinis. Empat anak buah musuhnya itu sudah tumbang. Dan ada lagi lima orang yang masih mengejar mereka.

BANG

BANG

Dua das tembakan dilepaskan lagi oleh Aden. Tapi dua tembakan tersebut tidak terkena pada anak buah Nathan dan Gary.

Aden melihat sekilas di belakangnya sambil berlari. Terlihat ada salah seorang dari anak buah Nathan sedang tersenyum sinis. Di tangannya ada bom. Tinggal tunggu masa sahaja mereka akan membaling bom tersebut. Berubah terus muka Aden. Wajahnya sudah dingin dan tegang.

'Let me handle it Aden. Kau tak boleh nak lawan mereka'

Suara Han bergema di dalam kepala lelaki itu.

'Diam. Aku boleh selamatkan Ana aku!' ujar Aden di dalam hati. Hanya Han, Asyraf dan Ayden sahaja yang boleh dengar suaranya.

'Ye aje kau.....' perli Han.

'Han, better kau diam. Pergilah Aden. Pergilah selamatkan Ana kau dan dear aku. I trust you'

Kini, suara Asyraf pula yang muncul. Aden mengangguk dalam diam.

Baru sahaja anak buah Nathan mahu membaling dua bom. Pantas Aden mencempung tubuh isterinya ala bridal style. Dareen terkejut. Ingatkan aku ada kuasa terbang.

"Aden.. Saya boleh lari sendiri."

Aden menggeleng perlahan. Wajahnya dingin sahaja. Dareen menatap wajah Aden. Haih, mesti Aden dah berjangkit dengan Ayden. Tu yang dingin semacam tu.

BOM!

BOM!

Hampir sahaja jantung Dareen mahu gugur akibat bunyi bom tersebut. Nasib baik Aden lari laju, kalau tak memang Innalillah lah jawabnya dengan bom tersebut.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now