⋆⋆⋆⋆
Nathan memandang Dareen dengan pandangan sinis. Dareen menggeleng laju.
"Kenapa ni baby?" Nathan menyentuh pipi Dareen. Dareen menepis kuat tangan kotor Nathan.
"Kau nak buat apa setan!" bentak Dareen.
"Aku... Teringin nak rasa kaulah sayang..." ujar Nathan. Dareen meludah pada muka lelaki tua itu.
"Kenapa garang sangat ni?... Takpa, lagi aku suka.." ujar Nathan dan mukanya mula berubah menjadi bengis.
"Patrick, kau tarik perempuan ni dalam bilik aku." arah Nathan. Patrick akur lalu ditarik kasar tubuh Dareen yang sedang diikat.
Dareen meronta-ronta untuk melepaskan diri namun tidak berhasil.
"Lepas lah bangla!"
Patrick meletakkan Dareen di atas katil lalu berlalu pergi dengan wajah yang tidak berperasaan.
"T—tolong encik.. Tolong lepaskan saya.." kata Dareen perlahan namun dapat didengari oleh Patrick. Patrick menoleh dan berdiam diri. Dia menatap sayu wajah wanita itu. Ya, dia kasihan melihat wanita itu diseksa.
"Maaf. Saya tak boleh buat apa-apa.." tunduk lelaki itu kepada Dareen.
"Tapi tolong.. Encik minta aje berapa yang encik nak, nanti saya bagi." kata Dareen.
Patrick menggeleng perlahan lalu tersenyum nipis.
"Saya tetap tak boleh nak tolong walaupun awak nak bagi saya ganjaran." kata Patrick.
"Kenapa? Kenapa encik tak nak lepaskan saya?" Dareen memandang wajah Patrick dengan pandangan yang lemah.
"Nanti bos akan bunuh saya kalau saya tak ikut arahan dia." kata Patrick tersenyum kelat.
"Sekali lagi saya minta maaf—" ujar Patrick lalu mahu beredar dari bilik itu.
"Encik jangan pergi dulu! Encik lepaskan aje saya, nanti suami saya selamatkan saya dan tolong encik keluar dari tempat neraka ni." kata Dareen. Patrick berfikir sejenak kemudian dia tersenyum.
"Baik." Patrick yakin sangat yang Asyraf akan datang menyelamatkan wanita di hadapannya ini dan yakin yang Asyraf akan menang apabila melawan bosnya.
Dareen tersenyum gembira. Patrick menerpa ke arah wanita itu lalu dibuka ikatan pada tangan dan kaki. Belum sempat Patrick membuka ikatan tersebut... Seseorang memanggilnya.
"Patrick! Kau dah letak perempuan tu kat bilik tu?" laung Nathan dari jauh.
Patrick dan Dareen tersentak.
"Err d–dah bos."
"Maaf saya tak boleh tolong awak." kata Patrick lagi lalu mengeluh perlahan.
"Eh takpa. Lagipun awak ada baik hati juga nak selamatkan saya.. Nanti suami saya datang, dia selamatkan awak juga." kata Dareen dengan senyuman. Patrick menunduk.
"Saya pergi dulu.."
Dareen mengangguk perlahan. Dia memandang kosong Patrick yang berlalu keluar dari bilik itu. Beberapa minit kemudian, terpacul lah wajah seorang lelaki.
Dareen menjeling tajam lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Nathan.
"Baby, are you ready?"
"Kepala babi kau ready." kata Dareen datar.
Nathan gelak kuat.
"Kau ni kan, garang macam ni lah yang buatkan aku makin nakkan kau tau hmm?" Nathan mula menindih tubuh kecil Dareen yang sedang terbaring di atas katil. Tangan wanita itu masih diikat.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...